Selasa, 2 Ogos 2016

Ini jawapan Harussani

Mufti Perak itu menjawab gesaan Ahmad Awang daripada Amanah yang mahu majlis Fatwa membuat pendirian mengenai isu 1MDB.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu bersidang berhubung isu 1MDB, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau mengulas gesaan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang agar majlis fatwa menyatakan pendirian susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melibatkan syarikat negara 1MDB.

Harussani memetik seorang peguam di Australia seperti yang dilaporkan Bernama, yang mempertikaikan tindakan Peguam Negara AS, Loretta Lynch.

“Peguam kanan Australia juga berkata tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai tidak munasabah,” katanya kepada FMT, merujuk seorang individu bernama Quintin Rozario yang mengecam tindakan Lynch sebagai “keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”.

Tambah Harussani, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah memutuskan 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jadi apa perlunya dan apa yang nak dibincangkan? Isu ini tak perlu fatwa (dikeluarkan),” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Ahmad yang merupakan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia memberitahu portal pro-Amanah, pendirian majlis fatwa dalam isu 1MDB amat penting memandangkan Majlis Raja-raja pada tahun lalu juga menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu itu.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin berkata ia tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.

“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.

“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya lagi.


* hangpa semua tanggung la. hangpa duu akan ditanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mufti dan ulamak sengaja tidak mahu membaca laporan PAC berkaitan 1MDB.
Mufti dan ulamak sengaja membuta mata dan mmemekak telinga kepada gejala-gejala mempergunakan amalan ibadah umat Islam untuk kepentingan politik kepartian. Hukum hakam, syarat dan peraturan yang mana perlu didahulukan tidak langsung dipedulikan. Syarat menunaikan Haji perlulah berkemampuan sekarang boleh ditaja-taja, di taja pula oleh syarikat yang rugi perniagaannya,ada pertubuhan yang menaja sedangkan penyumbang dana kepada pertubuhan tidak merestui. Duit perbendaharran negara diperguna seperti duit mak bapak sendiri.
Wang zakat diserahkan oleh orang yang tidak berkenaan dalam acara yang mendapat liputan media, apa tujuan?Bapak dia punya ka duit zakat tu? adakah penilaian telah dibuat sebaik mungkin mendahulukan yang lebih memerlukan dalam asnaf yang ada. Boleh kah kreteria dan proses pemilihan itu disemak dengan telus? Berapa peratus diambil dari kutipan derma, wakaf, zakat dan lain-lain sebagai upah mengurus sampai berbelanja berjoli sana sini. Memang betul la itu bukan duit zakat atau derma tetapi "keuntungan" dari upah pengurusan yang terlalu tinggi serupa merompak juga perbuatannya. Insaf dan pulanglah kejalan yang lurus...