Khamis, 11 Ogos 2016

Berita sensasi pagi nih ..

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar bekas anak didiknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat di kaca televisyen.

Menulis dari katil hospital, Mahathir berkata debat tersebut perlu menjurus kepada isu tadbir urus negara dan meminta ia disiar secara langsung.

jbby%2Btun%2Bm"Saya dah tua sekarang. Tetapi Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan menerima debat terbuka dengan Najib dan penonton mengikutinya menerusi siaran langsung.
"Debat itu hendaklah mengenai pentadbiran negara.

"Saya mungkin kalah. Wang boleh menang. Biar rakyat Malaysia menilai, tidak TV3 atau NST atau penyokong saya sendiri," kata Mahathir dalam blognya malam ini.

Mahathir kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan pusat perubatan itu akibat jangkitan di bahagian dada.

Beliau dipercayai merujuk kenyataan Najib dalam satu temu bual dengan media Indonesia baru-baru ini.

Dalam temu bual itu Najib menyatakan jika terpaksa memilih antara kepentingan negara dan bekas perdana menteri itu, beliau memilih kepentingan negara.

"Najib memberitahu penontonnya bahawa saya mahu dia melakukan sesuatu dengan cara saya sahaja. Mungkin begitu walaupun saya tidak fikir ia adalah benar.

"Tetapi jika dia mahu melakukan sesuatu mengikut caranya, ia perlu sekurang-kurangnya menjadi sesuatu yang baik untuk negara ini. Menggalakkan rasuah sudah pasti tidak baik untuk negara atau untuk sesiapa sahaja," kata bekas doktor itu.
Mahathir berkata adalah tidak wajar bagi seseorang perdana menterti memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak kira apapun penjelasannya, apatah lagi alasan yang diberikan kurang dipercayai.

"Tiada perdana menteri Malaysia harus mempunyai jumlah Ringgit sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Dan penjelasan dia mengenai sumber berbilion itu agak tidak masuk akal," katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Najib menemui media Indonesia untuk menjelaskan konflik dengan bekas perdana menteri yang juga mentor kepadanya itu.

Bercakap kepada MetroTV dalam satu temu bual, Najib berkata bekas perdana menteri keempat itu suka mengawal keputusan beliau meskipun tidak lagi berkuasa.

“Saya tahu saya ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama, sama ada saya sebagai perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapat 'nasihat' beliau, saya kata nasihat tapi mungkin arahan....

“Ataupun saya akan menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya, pertimbangan saya, berdasarkan mandat yang rakyat dan parti telah berikan kepada saya,"

“Saya tak dengar cakap dia (Mahathir) sebab saya fikir saya ada pertimbangan yang tepat untuk Malaysia,” katanya dalam temu bual itu.

Sebelum ini sekutu Mahathir yang juga bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mencabar Najib untuk berdebat mengenai 1MDB.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: