Khamis, 11 Ogos 2016

92% rakyat Malaysia bimbang tak cukup wang bersara

Ramai berkata mereka akan bergantung kepada anak-anak atau pasangan, terus bekerja atau bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan sehingga 92% rakyat Malaysia bimbang dengan keadaan dan keperluan kewangan mereka pada usia tua serta tidak bersedia menghadapi persaraan.

Penolong Gabenor BNM, Jessica Chew Cheng Lian berkata 33% “sangat bimbang” dengan keadaan kewangan mereka apabila mencapai usia tua, manakala baki 59% “agak bimbang”.

Bercakap pada satu sesi panel bertemakan “Your Retirement Aspiration: Making It A Reality” (Aspirasi Persaraan Anda: Jadikan ia satu Realiti) pada Persidangan Jaminan Sosial Antarabangsa 2016 semalam, beliau berkata 40% daripada rakyat Malaysia mengatakan mereka bersedia untuk bersara manakala 80% menyatakan mereka mempunyai strategi untuk menampung perbelanjaan pada usia tua.

Strategi paling popular termasuk bergantung kepada anak-anak atau pasangan, terus bekerja dan bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan.

Chew menegaskan kebanyakan rakyat Malaysia mengguna pakai strategi pasif bagi persaraan seperti yang dicerminkan dalam komposisi aset isi rumah, dengan 42% memilih membeli hartanah, 25% memilih menyimpan wang dalam bank dan 18% bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata hanya 24,180 polisi insurans dengan premium tahunan RM280.2 juta telah terjual sejak insentif cukai diperkenalkan pada 2012.

Bagi membentuk semula realiti dalam kalangan rakyat Malaysia, beliau berkata kesedaran dipertingkatkan menerusi penyepaduan pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah bagi murid tahun empat hingga tahun enam.

“Kami juga membentuk rangkaian pendidikan kewangan untuk menyelaraskan dan memacu inisiatif pendidikan kewangan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Chew berkata BNM juga memperkenalkan produk pencen inovatif dan dipelbagaikan untuk membantu individu menangani risiko persaraan.
Beliau berkata strategi lain bakal pesara termasuklah menambah baik struktur insentif seperti menggalakkan peranan yang lebih besar bagi majikan untuk menyediakan pelan pencen pekerjaan suka rela, serta insentif penggunaan pinjaman pendapatan untuk mengelakkan penyusutan pramatang simpanan.

Menurut Penasihat Malaysian Healthy Ageing Society Nathan Vytialingam, lelaki berusia 65-74 tahun dianggap golongan tua yang masih muda, 75-84 tahun golongan tua pertengahan, manakala 85 tahun ke atas, golongan tua.

Buatlah macam mana pun selagi kerajaan tak prihatin dan selalu mencekik darah rakyat, kira cepat mampuslah namanya tu

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: