Khamis, 28 Julai 2016

PERLUKAH MUKHRIZ TERUS BERCAKAP SEPERTI INI?

Tun Mahathir Mohamad sudah mengumumkan penubuhan sebuah parti baru dan ia sedang dalam proses akhir penubuhannya.

- Kerjasama dengan Pakatan Harapan juga sudah diumumkan dan beberapa perjumpaan antara Tun Mahathir dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana kerap kali telah dilangsungkan.

- Semua parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah telah pun menyatakan kesediaan untuk saling bekerjasama dengan parti baru itu.

- Pas juga nampak berlembut dan sedia mempertimbangkan untuk turut bekerjasama.

- Sudah beberapa kali Tun Mahathir menyebut mahu memastikan UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya akan datang dan dengan demikian Najib Razak dapat disingkirkan akhirnya.

- Ia bermakna Tun Mahathir dan semua yang lain sedar bahawa hasrat untuk menjatuhkan Najib sebelum pilihanraya sudah tertutup. Dengan majoriti pimpinan UMNO lebih terliur dengan dedak, Peguam Negara orang pilihannya dan polis lebih memihak kepadanya, logikalnya Najib tidak lagi tergugat melainkan dengan kuasa rakyat melalui pilihanraya.

- Tun Mahathir sudah keluar UMNO. Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sendiri dipecat, manakala Shafie Apdal yang digantung membuat keputusan meninggalkan UMNO. Malah Shafie juga berkata, orang Melayu tidak akan mati tanpa UMNO.

- Jadi, perlukah Mukhriz berterusan bercakap sedemikian rupa?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: