Sabtu, 23 Julai 2016

Bila kami nak dapat peguam negara yang adil

PETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali disaran bertemu rakan sejawatnya di Amerika Syarikat (AS) bagi mengetahui identiti ‘Malaysian Official one’ dalam siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) keatas dakwaan pengubahan wang yang dilesapkan daripada 1MDB.

“Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), orang ini memiliki sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak)!” tambahnya.

Muhyiddin yang digugurkan daripada Jemaah Menteri Julai tahun lepas dan dipecat daripada Umno Jun lalu antara individu yang lantang mengkritik kontroversi sekitar 1MDB dan sumbangan wang yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin dalam kenyataannya petang tadi mendakwa perkembangan terbaharu ini menunjukkan tindakan dan pendiriannya bahawa kes syarikat milik kerajaan itu merupakan satu kes penyelewengan adalah sahih dan benar.

“Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Maka ia adalah suatu jenayah!” tegas Muhyiddin.

Katanya Apandi sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan.

“Beliau juga sepatutnya telah mengarahkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB.

“Bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan pasukan penyiasat negara asing menemuinya?” soal Muhyiddin.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu kerana mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Belum ada peguam negara yg nak masuk syurga. Semuanya pilih nak masuk neraka

Tanpa Nama berkata...

Syurga neraka tak nampak di mata. Habuan depan mata perlu dirembat dahulu? Tak salah mendalami dan pakar dlm bidang undang2 ciptaan manusia. Tapi undang2 dan hukum hakam tuntutan Allah wajib difahami dan diamalkan supaya hidup lebih diberkati.