Jumaat, 17 Jun 2016

Selepas Dr Rani buat kejutan ...


majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan dan sekaligus menyatakan sokongan terbuka kepada calon Amanah, Azhar Abd Shukur.

Esok atau lusa pula, beliau akan ke Kuala Kangsar pula dengan tujuan serta matlamat yang sama.

Jika sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy Jamaluddin mempersoalkan ketiadaan Azmin, kini segala-galanya telah terang lagi nyata. Calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan jelas menjadi pilihan sokongan Menteri Besar Selangor itu.

Dalam majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan itu, calon Pas Dr Rani Osman membuat kejutan dengan turut sama hadir sebagai tetamu yang tidak diundang.

Walaupun beliau mengatakan kehadirannya sebagai bukti pengamalan politik matang, tetapi tidak dapat dinafikan ia juga menunjukkan beliau tidak lagi yakin dengan dengan kemampuannya bersama Pas untuk mencapai kemenangan pada 18 Jun ini.

Dengan hadir di majlis orang lain dan terpaksa mendengar Azmin menyatakan sokongan kepada  Azhar, Dr Rani ternyata cuba meraih simpati dengan kehadirannya itu. Beliau nampaknya begitu terdesak mengharapkan ada simpati penyokong Pakatan Harapan terhadapnya.


Ia dengan jelas menunjukkan beliau sudah kekurangan sokongan melalui label Pas yang dibawanya. Pengundi yang ingin menolak UMNO dan menghantar mesej penolakan rakyat kepada Najib Razak kini sedang bersama-sama dengan Pakatan Harapan dan bukan bersama Pas.

Jika Dr Rani sudah cukup yakin dengan sokongan pengundi Pas terhadapnya, tidak mungkin beliau sedia menebalkan muka di majlis Pakatan Harapan itu.

Malah bukanlah kelaziman bagi mana-mana calon untuk hadir dalam majlis orang lain. Biasanya sesama calon hanya mungkin terserempak ketika sama-sama meraih undi di tempat-tempat terbuka seperti pasar malam, bazar Ramadan, kenduri kahwin, di surau, masjid dan sebagainya.

Hadir di majlis orang lain dan duduk mendengar sokongan Azmin kepada calon lawan bukanlah politik matang, tetapi salah satu bukti undi sendiri telah berkurang.

Calon yang yakin dengan partinya sendiri biasanya akan terus berjuang sehingga ke titik akhir bersama kabilahnya,, bukan meninggalkan penyokong sendiri dan cuba pula ke tempat lain menadah muka simpati.

Terbukti kini Dr Rani sudah mengaku kalah dan hilang keyakinan terhadap partinya sendiri.

Bertanding bersendirian mula membuktikan Pas semakin mengecil sokongannya, lebih-lebih lagi dengan tindakan Hadi Awang dan beberapa pimpinan Pas yang nampaknya cuba mencari bahagia dengan mendekatkan diri kepada Najib meskipun di seluruh dunia sedang memperkatakannya berkaitan skandal kewangan dan penggubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Melalui tindakan Dr Rani itu, secara tersurat dan tersiratnya Pas bukan lagi pilihan pengundi. Di Sungai Besar parti itu sedang berada di tempat ketiga dan tercorot dalam pilihan pengundi.

Memberi undi kepada Pas jelas hanya membuang masa dan suatu pembaziran. Dengan ini, ahli dan penyokong Pas, sekiranya benar-benar ingin melihat calon BN dapat dikalahkan, mereka harus beramai-ramai mengalihkan undi kepada calon Amanah, Azhar Abd Shukur.

Jangan segan-segan untuk berbuat demikian, lagi pun ahli dan penyokong Pas di peringkat bawahan sudah sekian lama ditarbiyahkan mengenai salah laku dan kemungkaran BN mentadbir negara ini. Inilah masa untuk membuktikannya, lagi pula UMNO dan BN tetap sama perangai dan tingkah lakunya dulu, kini dan selamanya.

Biarkan pimpinan atasan saja yang berjoget dan berzapin dengan Najib, tetapi ahli penyokong bawahan wajib menunjukkan jati diri dan maruah mereka.

Sebagai matlamat menghantar mesej penolakan kepada Najib bersama Pakatan Harapan, calon BN bukan saja mesti dikalahkan, malah dengan majoriti undi sebesar mungkin yang mampu. Lagi besar majoriti yang dapat ditunjukkan, lagi cepat Najib dapat diturunkan.

Oleh itu, ahli dan penyokong tidak harus buang masa dengan membazirkan undi kepada calon Pas yang tidak mungkin menang, malah juga sudah pun memberikan isyarat "bendera putihnya" untuk difahami.

* ini bukan artikel ~ cedok dari rakyat marhain.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Statement Bangang...