Isnin, 4 April 2016

Video anggota polis tampar isteri dukung bayi jadi viral

Segamat: Anggota polis yang bertugas di Felda Redong, Tenang di sini, ditahan semalam selepas video dia mengasari isterinya ‘viral’ di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Konstabel berusia 30 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di Pondok Polis Felda Redong kira-kira jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, bertindak atas laporan polis yang diterima pihaknya menjalankan siasatan dan mendapat perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

"Selain anggota polis itu, kami sudah merakam keterangan saksi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam video berdurasi dua minit dan 51 saat yang dimuat naik 1 April lalu, dua wanita termasuk isteri anggota polis berkenaan dilihat jalan perlahan-lahan untuk mendapatkan suaminya di pondok polis itu.

Wanita berkenaan ditemani seorang wanita lain yang mendukung bayinya, tiba-tiba dihampiri seorang lelaki, dipercayai suaminya yang juga anggota polis pondok berkenaan.

Berlaku pertengkaran sebelum lelaki itu menampar isterinya, sebelum masuk ke dalam pondok polis itu diikuti isterinya dan wanita yang mendukung bayi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: