Sabtu, 2 April 2016

Gempar semasa Himpunan Bantah GST, Undur Najib





Mahathir turut hadir

Mahathir ketika menyampaikan ucapan.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan apabila hadir di Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka.

Beliau tiba kira-kira jam 5.20 petang tadi.

Kehadiran Mahathir diumumkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika beliau sedang memberi ucapan.

10 ribu jer yang hadir?


Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dan GST dimansuhkan menjadi semakin jelas hari ini, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"PM harus sedar popilaritinya sudah menurun 23% sejak isu membabitkan skandal dana 2.6 bilion dan 1MDB. Jadi bila rakyat berkumpul hari ini menunjukkan ada desakan rakyat untuk Najib turun dan mansuhkan GST segera," kata ahli parlimen Lembah Pantai ini.

Nurul Izzah tiba bersama pasukan dari PKR yang berarak ke Dataran Merdeka setelah beliau berjalan dari Central Market.

Ditanya sambutan hari ini terhadap protes GST, Nurul Izzah berkata  acara hari ini adalah sebahagian daripada program kesedaran untuk rakyat terhadap GSt.

Beliau yakin jumlah yang hadir dilihat lebih ramai kali ini berbanding bantahan sebelum ini.

"Ini salah satu usaha Pakatan Harapan, NGO dan rakyat untuk berkumpul bagi menolak GST," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin  berkata sebanyak 35 bas yang membawa penyokong demontrasi bantah GST hari ini dari Larut, Gopeng, Parit Buntar, Taiping, Lumut, Bukit Gantang, Teluk Intan dan Tanjung Malim telah berkumpul sejak awal pagi tadi di ibukota.

Nizar menyakini himpunan hari ini melebihi sasaran Pakatan Harapan iaitu 10,000 penyokong.

"Ini mesej kepada Najib untuk beliau pertimbangkan GST kerana ia membebankan 30 juta rakyat negara ini

"Jika Najib tidak mengambil serius desakan rakyak, BN pasti akan kecundang pada PRU14 kelak," ujarnya.

Nizar juga berpuashati dengan kerjasama DBKL dan PDRM kerana menjaga keselamatan dan memberi laluan kepada semua penyokong untuk melakukan demontrasi tolak GST hari ini.

Mereka berarak di tengah-tengah cuaca panas panas di ibu kota ekoran fenomena El Nino.

Sumbat Najib, Rosmah dan kuncu-kuncunya dalam penjara Sungai Buloh

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kami sokong dari jauh...

Tanpa Nama berkata...

Lawan tetap lawan..semoga Allah selamatkan negara dpd pemimpin zalim..

Tanpa Nama berkata...

Hanya sekitar dua ribu perserta saja yang hadir, hanya PAS yang mempunyai kekuatan yang mampu menurunkan rakyat ratusan ribu kejalanraya, tapinsyayang PAS sudah insaf perbuatan yang sia-sia.