Ini kerana, dikhabarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadap sultan sekitar jam 3.00 petang.
Bagaimanapun, selepas beberapa jam menunggu tiada maklumat jelas bila Najib akan mengadap sultan.
Namun, dalam temu bual ringkas Malaysiakini dengan salah seorang pegawai keselamatan istana memaklumkan bahawa tidak ada pertemuan antara sultan dengan Najib hari ini.
"Saya baru lepas semak dengan pihak istana bahawa tidak ada sebarang pertemuan dibuat hari ini. Tuanku pun ada saja di dalam, tak keluar-keluar," kata pegawai terbabit.
Kata pegawai terbabit, jika benar Najib akan mengadap sudah pasti anggota trafik diarahkan berkawal sejam sebelum perdana menteri itu mengadap sultan.
"Setakat ini tak ada apa-apa, kalau ada mesti anggota trafik dah berkawal," katanya yang enggan namanya dikenali.
Najib ketika ini berada di Kuching untuk berkempen bagi memenangkan calon parti pemerintah itu dalam pilihan raya negeri Sarawak ke 11, 7 Mei depan dan dijadual kembali ke ibu negara pada Sabtu.
Sejak semalam, istana hinggap Terengganu di Kuala Lumpur dikerumuni pemberita susulan khabar angin pertemuan itu.
Tanpa menyatakan sebab jelas, istana sebelum ini mengumumkan menggugurkan semua darjah kebesaran yang diberikan kepada Rafiz.
Ia menimbulkan persoalan pertukaran menteri besar akan berlaku di negeri penyu itu.
BN tidak mempunyai majoriti selesa di Dewan Undangan Negeri kerana hanya mempunyai kelebihan dua kerusi berbanding pembangkang.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Hahahahaha...
..Tipah tertipu lagi!
Catat Ulasan