Rabu, 27 April 2016

Ini dia pengganti Ahmad Razif, MB Terengganu yang baru?

Ada orang beritahu aku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin petang tadi. Perjumpaan itu adalah membincangkan nama menteri besar yang baharu sebagai pengganti Ahmad Razif Abd Rahman.

Perkembangan terbaru ini, mengikut analisis UMNO negeri Terengganu hanya boleh diselesaikan dengan 3 pilihan iaitu:-

1. Menukar Menteri Besar yang baru
2. Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti PAS
3. Membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya Negeri

Sebelum ini Najib telah menghantar Zahid Hamidi untuk mendapat pandangan daripada UMNO Terengganu.

Sumber mendedahkan daripada perbincangan tersebut, calon pengganti yang disebut-sebut dikalangan pemimpin Umno negeri ketika ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad, yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu.

Nama Rozi dan Mat Jidin hanya sekadar perbincangan umum tidak terpilih dalam pemilihan mesyuarat akhir berkenaan.

Kita tunggu perkembangan seterusnya.
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.my

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

OHBULETIN berkata...

salam tuan empunya blog.. saya ingin bertukar link dalam blog list anda. sekiranya berminat harap boleh message di https://www.facebook.com/blogzoul.

URL BLOG : OH BULETIN

harap dapat reply

Tanpa Nama berkata...

Apa jenis webpage OHBULETIN ni ???

Nak bukak pun takleh, tak habis2 'PAGE RE-DIRECTED'

Ini dah boleh dianggap sebagai "Spamming cara halus"

Tutup je la OHBULETIN ni...