Sebaliknya, Presidennya Mohd Ali Baharom menggelar pembangkang yang mempertikai penahanan itu sebagai 'bodoh dan otak sotong'.
“Tan Sri Khalid Abu Bakar ikut undang-undang negara dalam penahanan Rafizi Ramli.
“Tan Sri Khalid Abu Bakar bukan calon IGP payung bocor, beliau adalah IGP yang berpengalaman luas dalam dunia keselamatan dan pakar undang-undang sebaliknya pembangkang yang bodoh dan otak sotong,” kata Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju dalam kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu beliau turut menyeru anggota dan penyokong kuat Gerakan Merah bersamanya dalam mempertahankan Khalid selaku ketua polis negara.
Kelmarin Khalid mengesahkan penahanan Rafizi yang juga setiausaha agung PKR di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Rafizi, yang juga naib presiden PKR, ditahan kira-kira 6.20 petang kelmarin sejurus keluar dari bangunan Parlimen bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Beliau direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Susulan itu ahli parlimen pembangkang hari ini berarak ke Bukit Aman bagi membantah penahanan tersebut.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan