Jumaat, 18 Mac 2016

Shafee Abdullah kata Majlis Peguam tiada hak fail semakan kehakiman

Majlis Peguam tiada hak untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Kanan, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, semakan kehakiman itu perlu dilakukan tertuduh dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membenarkan pendakwaan awam dilakukan.

"Kerana itulah yang mengganggu budi bicara walaupun oleh Perlembagaan. Ia beza dari England, kita mempunyai Perlembagaan bertulis.

"Mereka mahu menyingkirkan Peguam Negara berdasarkan keputusan itu. Jika keputusan itu tidak dibuktikan salah, barulah Peguam Negara boleh disingkirkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Peguam pada Isnin yang memfailkan semakan kehakiman kes Perdana Menteri itu mahu keputusan Peguam Negara yang 'membersihkan' Najib daripada sebarang pertuduhan pada 26 Januari lalu diketepikan.

Keputusan memfailkan permohonan itu dibuat berdasarkan pendapat bahawa kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara Peguam Negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas.

Pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

Mengulas lanjut, Majlis Peguam tidak mempunyai fakta penuh mengenai pendakwaan itu susulan maklumat pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya disalurkan kepada Peguam Negara sahaja.

"Jika mereka tidak mempunyai fakta penuh, bagaimana mereka akan memujuk mahkamah menyemak semula keputusan Peguam Negara? Ia hanya mustahil.

"Mahkamah boleh mengatakan apa sahaja permohonan yang mereka mahu, mangsa mesti memulakan, di mahkamah mestilah mangsa. Majlis Peguam bukan mangsa, jadi mereka tiada locus standi," jelasnya.

Shafee berkata lagi, Majlis Peguam kini dilihat cenderung kepada politik tertentu dan ia bercanggah dengan etika badan profesional itu kerana tidak bebas.

"Majlis Peguam hari ini seperti sebuah parti pembangkang. Kami tidak peduli jika mereka menyokong kerajaan atau pembangkang. Mereka perlulah tidak berpihak kepada mana-mana pihak," katanya lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ulasan penjilat2 mmg mcm tu. Tak nampak realiti yg berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat peguam belaan UMNO gelabah bila majlis peguam hendak menyemak keputusan yang dibuat oleh Peguam negara,kelau benar najib tidak bersalah laku kenapa mesti gentar dengan undang yang kita sendiri gubal bukankah undang-undang yang digubal itu direka atau ditulis oleh orang yang berkelayakan dan dilulus pula oleh kerajaan pimpinan UMNO janganlah jadikan undang-undang dwi standard pada yang miskin kedana undang dikuatkuasakan pada PM dikecualikan itu kati senget namanya .