Selasa, 16 Februari 2016

Wahai Menteri .. kenapa rakyat menentang?

Apakah semua 400 ribu graduan menganggur seperti yang didedahkan oleh DS Wahid Omar pada Mei 2015 itu semuanya "malas" dan "demand"?

Oleh Zaidi Yusof
Perbahasan terhadap keperluan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini terus menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Walaupun bantahan berterusan telah dizahirkan majoriti rakyat, namun kerajaan tetap kekal dengan pendirian atas alasan untuk memenuhi permintaan industri dan majikan.

Apakah benar rakyat polos dan membuta tuli dalam membantah?

– Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November 2014. Negara kini mempunyai 6.7 juta orang warga asing. Mengatasi jumlah populasi kaum Cina yang ada di negara ini. Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta orang sahaja yang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen. Kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ini sekalipun secara berperingkat tetap memberi kesan terhadap beban populasi dan sosial negara. Timbul di benak dan pemikiran rakyat, mengapa tidak diselesaikan terlebih dahulu masalah ini?

– Di dalam RMK11, kerajaan berjanji untuk mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. Apakah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini akan membantu memacu perancangan dan tumpuan RMK11 dalam tempoh 5 tahun akan datang?

– Menurut laporan akhbar pada November 2013, Ketua Pegawai Eksekutif Western Union Malaysia, Chew Mei Ling dipetik sebagai berkata jumlah pengiriman wang oleh pekerja asing di negara ini ke negara asal meningkat lima peratus pada 2014. Katanya pengiriman wang keluar oleh pekerja asing pada 2013 menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion yang direkodkan pada 2012. Pertanyaan rakyat, apakah trend ini baik untuk negara dalam tempoh jangka masa panjang?

Sekolah aneka jurusan telah diwujudkan sejak 1965. Selain memberi tumpuan terhadap pembangunan kemahiran dan vokasional. Program pembangunan bakat juga diberi perhatian. Di dalam Pelan Induk Pendidikan Tinggi 2013-2025, kerajaan berjanji untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan vakasional dan kemahiran. Kemana hala tuju graduan/tenaga kerja ini sekiranya bakat dan kemahiran mereka ini tidak dimanfaatkan secara kolektif di dalam pelbagai sektor dan indsutri?

Era kerajaan tahu segala sudah berakhir. Tiba masanya suara rakyat disantuni dengan hikmah.

Sesetengah pemimpin memandang enteng suara rakyat. Dengan mudah melabel “anak muda kita malas dan graduan kita demand”. Tidak kurang juga ada yang membandingkan graduan kita dengan graduan luar yang sanggup menjadi tukang cuci hatta mempunyai ijazah.

Pertanyaan kembali rakyat kepada pemimpin di atas, apakah semua 400 ribu graduan menganggur seperti yang didedahkan oleh DS Wahid Omar pada Mei 2015 itu semuanya “malas” dan “demand”?

– Zaman telah berubah. Tuntutan untuk kehidupan yang lebih baik juga semakin mendesak. Dahulu anda boleh beli segalanya dengan RM 50. Sekarang apa yang anda boleh dapatkan dengan RM 50?

– Benar, tidak salah bandingkan graduan luar dengan tahap kemampuan graduan kita. Tetapi sesuatu perbandingan biarlah menepati akal yang sihat dan waras. Sedarkah kita, setiap graduan yang kita lahirkan majoritinya telah dibebani dengan hutang sebaik sahaja mereka perolehi Ijazah? Sebaliknya graduan luar telah dijamin dengan pelbagai tabungan dan bon simpanan oleh kerajaan sejak mereka mula melihat dunia. Itu belum dikira mereka yang menikmati pendidikan percuma.

– Pengkelasan “demand” juga perlu berpada. Perlu akui, ada yang memilih. Adakala bagi sesetengah pihak, memilih itu dirasakan berpadanan dengan apa yang telah diusahakan untuk segulung ijazah. Apakah ijazah kita semurah “mecuci longkang”? Perlu juga diteliti, demand itu kerana sikap atau kerana “desakan hidup”. Lihat sahaja anak muda dibandar. Kadar sewa bilik pun mencecah RM500. Itu belum dikira kos sara diri dan tanggungan bagi yang berkeluarga. Gaji yang diusahakan sebulan, kembali semula kepada BANK dalam tempoh 5 hari. Bagaimana mereka mahu hidup dengan gaji semasa. Bagi yang selesa, pasti akan berkata “alah ulat dalam batu pun boleh makan, asalkan usaha”. Ada cadangan “buat lebih dari dua kerja”, walau hakikatnya rakyat telah lakukan pelbagai kerja dalam sehari untuk teruskan kehidupan.

– Tiba masanya, kadar gaji dinaikkan. Tidak salah kita berkorban demi rakyat. Buka telinga, hadam secara beradab setiap keluhan dan jeritan rakyat.

Apabila suara rakyat tidak lagi diendah, sebaliknya rakyat sendiri dituduh malas dan tidak sanggup kerja berat. Tunggulah sebuah “penghakiman sebenar”.

Sekadar pandangan…

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: