Menerusi pojoknya Awang Selamat menamakan tiga tokoh yang dilihatnya berkemampuan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Menurut kolumnis akhbar milik Umno itu tiga timbalan Zeti juga berpotensi untuk mengisi kekosongan bakal ditinggalkan anak perempuan Prof Diraja Ungku Aziz itu.
"Awang lihat ketiga-tiga tokoh berkenaan berkebolehan dan berwibawa menyandang jawatan tersebut.
"Selain itu, tiga timbalan Zeti di Bank Negara turut dalam senarai pilihan," katanya.
Abdul Wahid kini menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, manakala Awang Adek pula diuar-uarkan sebagai calon menteri besar Kelantan dalam pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian kerana beliau tewas di Parlimen Bachok dan DUN Perupok.
Melampaui ramalan dunia
Mohd Irwan pula sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) di Kementerian Kewangan.
Sebelum ini Zeti yang bakal bersara pada April ini berkata gabenor baru seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.
Awang Selamat berkata, pelantikan tersebut haruslah diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Awang tidak melihat perubahan jawatan gabenor Bank Negara akan menjejaskan apa-apa.
"Banyak perkembangan positif kepada ekonomi negara, antaranya pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.5 peratus bagi suku keempat 2014," katanya.
Jelasnya lagi, pencapaian Malaysia selama ini mengatasi ramalan ramai penganalisis termasuk di Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa.
"Zeti sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang, kini tiba pula gelaran tokoh lain, hakikatnya tiada siapa yang 'indispensable'," kata Awang.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan