Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd sebelum pemecatannya pada Julai lalu.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mendapat taklimat daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut dipecat daripada jawatan tahun lalu.
"Saya tahu lebih daripada yang anda tahu (penonton). Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran.
"Saya tidak berbohong," katanya dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original.
Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian pada satu majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Beliau berkata Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan kepadanya mengenai siasatan itu kerana mereka sedar, sebagai timbalan kepada Najib, beliau (Muhyiddin) berhak tahu terutama ia melibatkan perdana menteri yang juga presiden Umno.
"Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat," katanya.
Beliau juga membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa Najib susulan siasatan terhadap SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Katanya, panel pengawasan SPRM sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya.
"The question is, whether he is brave enough to do it or not (Soalannya ialah, sama ada dia cukup berani melakukannya atau tidak).
"Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia ambil tindakan," kata Muhyiddin.
Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan selanjutnya diambil terhadap Najib.
"Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain.
"Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video berkenaan.
Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib.
Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat.
Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong.
"Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin.
Katanya, Najib tidak sepatutnya lepas daripada tindakan pendakwaan hanya kerana Yang di-Pertuan Agong melantik Apandi atas nasihat perdana menteri.
"Saya rasa itu bukan tafsiran yang betul dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.
Beliau berkata, rakyat Malaysia juga tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan peguam negara dan panel SPRM itu mempunyai pandangan berbeza.
Dua panel pengawasan SPRM juga mahu berjumpa Apandi berhubung keputusan beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Najib tetapi pertemuan itu dibatalkan baru-baru ini.
Pada 26 Januari, Apandi berkata pihaknya tidak mempunyai bukti mencukupi menyokong tindakan pendakwaan diambil terhadap Najib atas sebarang kesalahan jenayah dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International. – 22 Februari, 2016.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
Dedahkan terus dan biar terus terang. Itu melibatkan diut rakyat. Kalau benar2 wakil rakyat..jalankan tugas dengan amanah utk membela rakyat. Bukan mendera rakyat dgn tekanan2 cukai..kenaikkan itu dan ini...pengurangan subsidi..dan lain2. Hanya kerana seorang...jutaan rakyay menderita. Dimana tanggungjawap anda sebagai wakil2 rakyat.
setuju!! jgn sorok lg dah
Inilah buruknya akta rahsia yang diamalkan dinegara malaysia sebenarnya akta ini hanya memberi kebalan pada pemimpin yang melakukan jenayah yang tidak mahu mengaku yang dia itu telah melakukan jenayah maka semua ejen penguatkuasa boleh dilantik oleh pelaku jenayah yang hanya boleh ikut telunjuk dan arahan pelaku jenayah tersebut inilah yang sedang berlaku dalam negara ketika ini,penyimpan rahsia takut dengan akta tersebut kelak akan dipecat dari jawatan pada yang tidak takut dengan akta dan rela bekerja dengan niat untuk membersihkan gejala jenayah akan diambil tindakan hinggakan ada kes pun akan dibuang begitu saja,apakah kita sudah lupa dengan sumpah tugas yang telah dilafazkan bahawa yang benar itu tetap benar dan yang salah tetap salah mesti dibonkarkan walaupun sumpah simpan rahsia diakui mahukan jawab dihadapan mahkamah Robuljalil dpadang mahsyar nanti dengan sebab menyimpan rahsia yang sudah tidak menjadi rahsia.bongkarlah rahsia yang memudaratkan negara demi untuk kesejahteraan negara.
Catat Ulasan