Khamis, 4 Februari 2016

Kekeke .. Mr Os nafi masuk PAS

"Kalau katakan saya duduk sebelah (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak, adakah saya timbalan perdana menteri?" .. kekekkeke .. nampaknya PEMUDA PAS syok sendiri ...

Pelawak terkenal, Mr Os menafikan menyertai parti PAS dan menegaskan tidak pernah mengumumkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya.

Sekeping gambarnya bernama Yusof Hamid dipercayai muncul atas pentas PAS ketika Sambutan 63 Tahun PAS Perlis menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan tanda tanya.

"Saya artis, kalau orang panggil saya atas pentas, saya naik saja. Saya tidak keluar kenyataan (masuk PAS).

"Kenapa masa sambutan tahun baharu di Shah Alam (anjuran kerajaan negeri Selangor) Afdlin Shauqi, Bocey, Ajax Shiro orang semua tidak cakap masuk PKR? Mereka tidak boleh ada di sana (majlis) ke? Jadi kenapa saya tidak boleh ada atas pentas (PAS) pula?

"Kalau katakan saya duduk sebelah (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak, adakah saya timbalan perdana menteri?" katanya kepada The Malaysian Insider.

Sinar Harian Online sebelum ini melaporkan gambar menunjukkan Mr Os berada di atas pentas PAS dimuat naik laman Facebook rasmi, Pemuda PAS (DPP Malaysia official) pada 31 Januari lalu, sekali gus menimbulkan persoalan adakah beliau menyertai parti itu.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun PAS Perlis semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar”.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan ketika diminta respons berhubung perkara itu berkata beliau tidak pasti dengan dakwaan itu.

“Saya tidak pasti mengenai penyertaannya sebagai ahli PAS. Nanti saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan PAS dan menghadiri beberapa program PAS mutakhir ini,” katanya kepada Sinar Online. – 4 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Cari makan ma...
mana blh diclare...

He3