Hudud tak boleh dalam konteks Malaysia kata Timb Menteri Umno
Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam berbanding konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik.
KUALA LUMPUR: Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.
“Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.
“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.
Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu.
Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.
“Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Jika orang kafir menentang hukum Allah, kita tidak akan merasa hairan atau terkejut sebab kita tahu mereka tidak beriman. Adakah wajar orang yang mendakwa diri mereka beragama Islam mempertikai, mempersendakan atau menentang hukum Allah?
Hukum Hudud adalah berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah maka orang yang mendakwa dirinya beragama Islam tidak boleh mempertikaikan Hukum Hudud. Tindakan mempertikaikan hukum Hudud yang bererti mempertikai perintah Allah dan RasulNya boleh menyebabkan kufur akidah (murtad) ke atas orang yang mempertikai Hudud.
Manusia-manusia yang sombong dan bongkak tidak takut pada Allah kerana mereka adalah bodoh, pekak dan buta. Semasa mereka hidup, mereka bebas mempersendakan, mempertikai dan menentang hukum Allah dan menghasut manusia menentang hukum Allah.
Malang bagi mereka kerana mereka terlupa bahawa setiap yang hidup pasti akan mati . Mereka terlupa bahawa mereka akan kembali kepada Allah Tuhan Yang Maha Hidup ! Mereka juga terlupa Malaikat Maut akan mencabut roh mereka dan mereka akan menderita siksaan yang amat pedih semasa roh dicabut dan mereka akan menerima pembalasan yang setimpal dari Allah :
"..........Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)
Sesungguhnya orang-orang yang menentang, mempermainkan atau mempersendakan hukum adalah manusia yang teramat rugi di dunia dan di akhirat!
Catat Ulasan