Selasa, 16 Februari 2016

Bulu Norma selamatkan PAS?

Ini kah akhlak Islam?

buka aib orang?

Sejak bila pula pas setuju dgn perangai seperti ini?

hihihiii

Bekas pemimpin pas disanjung waktu di atas

lepas tak sebulu

bulu normah pula jadi modal penyelamat pas

macam lendir saiful jadi penyelamat umno

PAS sudah boleh ganti UMNO ..confirm!!

AIDCNews- 15/2/16 – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dicabar menyaman individu yang mendedahkan kes khalwat Mat Sabu dengan Norma Abdul Halim di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, pada pagi 31 Januari 1995.

Ketika itu, Mat Sabu adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri ditangkap berkhalwat dengan isteri pemandunya, Norma Abdul Halim.

“Saman jangan tak saman. Mahfuz pun failkanlah saman tu,” cabar facebooker pro PAS, Komander Abu Suffian dalam Facebooknya semalam.
Kenyataan Komander Abu Suffian berasaskan pendedahan daripada blog penadaritanahmelayu yang mendedahkan kenyataan Norma berkaitan dengan kes khalwat tersebut.

Kenyataan Normah didedahkan oleh Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin dalam satu ceramah di Kajang pada tahun 2014.
“Dia (Normah) tidak ada cerita panjang, terus dia cerita.

“Waktu saya ditangkap (di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu) dulu (1995), saya tidak pernah berasa berdosa. Malah itu satu perjuangan dan saya mendapat pahala daripada Allah SWT.

“Kerana pada waktu itu, abang Mat Sabu, Mahfuz Omar dan rakan-rakannya mengatakan bahawa mana-mana perempuan yang solehah mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dan kalau dia bersuami, suaminya pun mendapat pahala Fisabilillah.

“Kerana itulah ustaz. Bukan itu kali pertama, kali kedua, kali ketiga, malah 20, 30 kali saya bersama-sama dengan Mat Sabu, “dedah ustaz Shamsul Najmi yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Hamid Othman, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, portfolio agama.

Ha, korang jangan nganga lebih-lebih, PAS yang mulakan... Apa motif artikel ini? hehehehe ...

PAS serah kepada mahkamah kes khalwat Mat Sabu (1995)
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/39779-pas-serah-kepada-mahkamah-kes-khalwat-mat-sabu-1995

PADA hari ini dalam tahun 1995, PAS telah menegaskan bahawa mereka tidak akan campur tangan, bahkan akan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan kedudukan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu yang terkenal sebagai Mat Sabu yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah ditangkap khalwat dengan isteri pemandunya, Norma Abdul Halim di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, pada pagi 31 Januari 1995.

Di sebalik serangan bertubi-tubi media massa dan pemimpin BN dalam isu khalwat ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyifatkan isu ini sebagai satu konspirasi politik, sedangkan Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor mempertegaskan bahawa tindakan disiplin akan diambil ke atas Mat Sabu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) bagaimanapun telah menafikan wujudnya konspirasi dalam isu ini, sedangkan para pemimpin Umno mempersoalkan tindakan PAS mempertahankan pemimpin mereka yang terlibat dal isu moral seperti ini.

Di pihak PAS, walaupun telah menyerahkan kes ini kepada mahkamah, tetapi pada 21 Februari 1995, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil tindakan politik dengan menerima perletakan semua jawatan parti oleh Mat Sabu sebagai mengambil tanggungjawab dalam isu ini.

Bahkan, PAS Pusat telah memutuskan untuk mengambil tindakan lanjut ke atas Mat Sabu setelah mahkamah membuat keputusan.

Kes ini kemudiannya disebut dalam Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 21 Februari 1995, sebelum didengar oleh Kadi Besar Kelantan, Dato' Daud Mohamad pada 25-28 Mac 1995.

Dalam penghakimannya pada 4-6 April 1995, Kadi Besar Kelantan itu telah membebaskan Mat Sabu tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan prima facie ekoran percanggahan ketegangan saksi.

Selain tindakan disiplin yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap Mat Sabu, keputusan PAS pada 1 Februari 1995 yang menyerahkan kes ini ke mahkamah telah berjaya menyelamatkan imej PAS yang cuba dicalarkan oleh musuh-musuh politiknya menjelang Pilihan Raya Umum 1995 di mana parlimen telah dibubarkan pada 5 April 1995.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 1/2/2016

Mula-mula aku agak pening apa sebenarnya yang berlaku mengenai isu khalwat Mat Sabu digemburkan kembali ..

Aku baca blog Ibnu Hashim yang pro taksub PAS.
kemudian

https://www.facebook.com/abu.suffianibrahim/posts/794860197286092

dan Kenyataan Komander Abu Suffian berasaskan pendedahan daripada blog
http://penadaritanahmelayu.blogspot.my/2015/07/video-norma-dedahkan-amalan-zina-mat.html
dan dalam blog Ibnu Hashim juga dimuatkan video:

Kesimpulan, bermula dari artikel Harakah daily mengenai kes khalwat Mat Sabu dengan Norma pada 1 Febuari 2016. Maka ia mencetuskan perang siber ... geng PAS macam dapat durian runtuh untuk terus menerus menghentam Mat Sabu dan parti AMANAH. Ingat aku pabila papagomo menggunakan taktik ni menyerang Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat .. hehehehehe

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Amanah dok layan orang yang dah gila dan sudah hilang kewarasan berfikir maka Amanah pun sama saja macam PAS yang sudah hilang upaya untuk berfikir apa yang diaibkan itu, kita tahu benda itu tidak benar tapi jika di besarkan cerita ianya akan seolah-olah benar maka lebih elok kita sama-sama ketawakan saja bila ada ceramah yang dianjurkan oleh amanah insya Allah kebenaran tetap akan berlaku.

Tanpa Nama berkata...

dedahkan kembali Stopa ali spender putih

Tanpa Nama berkata...

cepat betul pas belajar dpd umno

syg sungguh najib pd pas

tp jgn lupa juga mat spender... dia nk glamor juga kan

Tanpa Nama berkata...

Kes ini kemudiannya disebut dalam Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 21 Februari 1995, sebelum didengar oleh Kadi Besar Kelantan, Dato' Daud Mohamad pada 25-28 Mac 1995.

Dalam penghakimannya pada 4-6 April 1995, Kadi Besar Kelantan itu telah membebaskan Mat Sabu tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan prima facie ekoran percanggahan ketegangan saksi.

dah ada penghakiman, knp masih terus fitnah?

Tanpa Nama berkata...

kena kt pan semua tk bulehdedahkan. apa pan ni maksum ke .

Tanpa Nama berkata...

Di dalam perjuangan pas ada tok guru...ada tuan guru....kami tk percaya jk si normah bt live kenyataan pon.... Pasti dia kayaraya.

mansor berkata...

cuba semak hari kejadian pada 1995 itu,

1. hari cuti atau apa di kelantan.
2 tanya pekerja2 hotel itu ttg kehadiran pegawai2 pencegah khalwat jabatan agama pada masa berjam2 sebelum Norma naik k hotel, seolah2 tahu ttg yg ghaib..
3. kenapa norma yg naik ke bilik mat sabu, laki dia duduk dalam kereta, kenapa..
4. kenapa cerita ini muncul, di saat PAS mula baik dgn UMNo...adakah PAS mula percaya kepada kewarakan UMNO, kini kiblat PAS adalah UMNO ...
5. malu lah Fadli,kkecek ttg Islam, tapi hati buruk nak korek rahsia orang, rasulullah ajar itu ke...
6. adakah Harakah, satu majalah PLayboy versi islam PAS...