Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tambahan sebanyak 3% bonus khas haji turut diberikan kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan ibadah haji.
Bagi 2014, TH mengumumkan tahun lepas, bonus tahunan yang diberikan adalah sebanyak 6.25% sementara bonus khas haji 2%.
"Saya ingin mengingatkan semua pendeposit, simpanan mereka di Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Al Wadi'ah Yad Dhamanah, di mana simpanan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
"Manakala, bonus kepada pendeposit adalah 'hibah' atau hadiah, berdasarkan prestasi kewangan tahun semasa dan mengikut budi bicara TH.
"Namun, saya perhatikan pada setiap tahun, rata-rata pendeposit mengambil pendekatan, hibah ini wajib dibayar Tabung Haji," katanya ketika mengumumkan pemberian bonus atau dividen itu di Ibu Pejabat TH, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau menekankan, walaupun amalan pemberian hibah dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan amalan tetap bagi mengelakkan ia dianggap kebiasaan yang merupakan syarat dalam kontrak pendeposit berasaskan wadi'ah.
Jamil berkata, pemberian bonus khas haji mula diperkenalkan pada 2007 dan mula diberikan setiap tahun sejak 2012.
TH juga memperuntukkan RM3.23 bilion untuk pemberian bonus tersebut berbanding rancangan asalnya RM3.53 bilion.
"TH akan menyimpan RM300 juta daripada Keuntungan Boleh Agih tahun ini kepada Rizab Boleh Agih setelah mengambil kira pandangan Bank Negara Malaysia dan prospek ekonomi tahun ini," kata Jamil.
Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam suratnya Disember lalu berkata, paras rizab TH negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak bertindak menyelesaikan masalah itu.
Beliau memberitahu Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap RM1 nilai liabiliti.
Zeti dalam suratnya menyalahkan amalan TH yang membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012, mengakibatkan rizab negatif. – 4 Februari, 2016.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan