Isnin, 1 Februari 2016

Zahid kecewa, sepatutnya Switzerland ikut rentak UMNO .. kekeke

Alahai Zahid, aku terharu betapa kecewanya kau dan pemimpin UMNO setelah rahisa ini terbongkar ... kasihan aku dengan nasib 1MDB.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber yang membuat kenyataan menerusi media mengenai hasrat pihaknya mendapatkan butiran lanjut berhubung siasatan terhadap dakwaan kecurian AS$4 bilion daripada syarikat milik kerajaan Malaysia.

Timbalan perdana menteri itu berkata, hasrat sedemikian sebaiknya disampaikan menerusi komunikasi di antara kerajaan dan kerajaan.

"Saya harap maklumat sedemikian mesti disalurkan melalui saluran rasmi kerajaan kerana ia adalah berdasarkan “G2G” (kerajaan kepada kerajaan).

"Dengan membuat kenyataan terbuka begitu, pada hemat saya, ia tidak baik, kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan kerenggangan hubungan antara 2 negara tetapi juga menyebabkan berat sebelah dalam laporan media," kata Zahid.

Beliau berkata demikian kepada wartawan sewaktu ditemui selepas menutup pameran Malaysian Inbound Tourism Association Fair di Kuala Lumpur, petang ini.

Pendakwa raya Switzerland dalam 1 kenyataan media semalam berkata, akan meminta bantuan pihak berkuasa Malaysia berhubung siasatan kecurian besar-besaran daripada sebuah firma milik kerajaan yang ketika ini berdepan skandal rasuah.

Penyiasat Switzerland mempercayai kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, dana yang diperuntukkan untuk tujuan ekonomi dan projek pembangunan di negara ini.

Sebahagian wang tunai dipindahkan ke dalam akaun berpangkalan di Switzerland milik seorang pegawai dari Malaysia dan juga bekas pegawai daripada Emiriyah Arab Bersatu, kata peguam negara Switzerland.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, Putrajaya akan menghantar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertemu Lauber bagi mendapatkan butiran lanjut berkenaan permintaan mereka.

"Kita akan menyerahkan tugas mendapatkan butiran yang dinyatakan itu melalui peguam negara kita untuk bertemu peguam negara Switzerland," katanya.

Susulan kenyataan pejabat peguam negara Switzerland itu, Apandi berkata semalam, pihak berkuasa Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara komited bekerjasama dengan semua entiti penguatkuasaan undang-undang luar negara berkaitan, menerusi konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang sah, berhubung siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, pejabatnya akan mengambil segala langkah perlu membuat susulan dan bekerjasama dengan rakan sejawatannya di negara berkenaan.

Sementara itu, 1MDB dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat itu tidak dihubungi mana-mana pihak berkuasa undang-undang dari luar negara mengenai sebarang perkara yang mempunyai kaitan dengannya.– 31 Januari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Penipu betul. Dulu cakap 1mdb ok..takde masalah...tak buat benda2 tak betul...

Kini..macam2 keburukan terdedah. Patutlah hutang menggunung. Si penipu dan si penyonglap hidup mewah. Rakyat negara ini yg merasa bahananya..

Tunggu je. Rakyat tak sabar nak menghukum kamu semua.

Tanpa Nama berkata...

Perdanaenteri berhati mulia...pulangkan rm 2.03 bilion....sbb dpt lg byk rm 16.8 bilion.duit tipu menyeleweng dr msia....hebatnya pemimpin porno.

Tanpa Nama berkata...

Perdanaenteri berhati mulia...pulangkan rm 2.03 bilion....sbb dpt lg byk rm 16.8 bilion.duit tipu menyeleweng dr msia....hebatnya pemimpin porno.

Usop ali berkata...

ni bukan pemimpin....ni penyamun berlesen....ahad cuti sabtu kerja setengah hari la......1Malaysia dibangsatkan. oleh penyamun ni

Tanpa Nama berkata...

Zahid mahu swiss perangai lanun, berbincang cara lanun,