Jumaat, 22 Januari 2016

Qu Puteh terima "bala"

Alahai, baru pagi tadi aku dok sembang-sembang dengan member sambil pekena kopi panas, aku kata kalau nak sumbang ke apa ke jangan takbur dan jangan menunjuk-nunjuk. Kalau tuhan nak tarik sekejap jer ...

Tup tup tak sangka berita ni keluar .. bukan aku cabul nak doakan agar perniagaan orang lain lingkup. Lagipun produk ni kan bumiputera ...

Aku cuma nak cakap, jangan takbur dan suka nak menunjuk-nunjuk ...

Biarlah kita buat ikhlas mungkin ... lu fikir la sendiri ... berita berkaitan kat bawah :

Selepas Brunei, Malaysia juga melarang jualan produk Qu Puteh.

Twitter Bernama, memetik ketua pengarah kesihatan berkata produk itu – Qu Puteh Whitening Pro 9 – tidak lagi dibenarkan dijual.

Ia dilaporkan dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu.

QU PUTEH AKHIRNYA TARIK BALIK DUA PRODUK


KOTA BHARU: Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening
UV Block dalam pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara waktu, berkuat kuasa hari ini.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian tidak
pernah berlaku.

"Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.

"Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebentar tadi, ketika mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan
mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam kosmetik.

Kementerian Kesihatan Brunei pula mengharamkan tiga produk Qu Puteh kerana didakwa mengandungi bahan berbahaya.

Mengulas lanjut, Dr Vida berkata walaupun dua produk itu dihentikan jualannya dalam pasaran, produk lain seperti Pamoga, Qu Puteh dan Milenia masih dijual.


"Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya," katanya.

- bharian

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: