Khamis, 28 Januari 2016

Pengerusi Tabung Haji akan buat laporan polis

Nasib baik jugalah surat tu bocor, kalau tidak suka hati mak bapak dia je urus harta rakyat ..

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kebocoran surat amaran dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, beliau sendiri telah menerima surat amaran dari BNM, namun, berasa hairan bagaimana surat tersebut boleh terlepas ke pihak lain.

“Saya sedang berbincang dengan peguam bagaimana tindakan susulan yang saya hendak ambil sebab surat itu ada dalam simpanan saya. Saya tidak tahu dimana kebocoran surat itu.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan surat BNM itu yang penuh tidak bertanggungjawab,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Baling itu meminta para pendeposit Tabung Haji bersabar seketika kerana dividen dari lembaga itu akan diumumkan sedikit masa lagi.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua penabung-penabung supaya bersabarlah. Memang suku tahun pertama seperti lazim yakni Tabung Haji akan mengumumkan dividen.

“Kita akan mengumumkan dividen dalam masa terdekat ini. InsyaAllah sebelum hari raya Cina, minggu pertama bulan kedua kita akan umumkan” ujarnya.

Katanya, tohmahan bahawa Tabung Haji tidak akan membayar dividen dan pendeposit akan kehilangan duit adalah tidak benar.
FMT

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: