Saya Muhammad Qaim Qays, berasal dari Muar, Johor.
Dato' Seri, ketahuilah Dato' Seri..
Saya dah sampai ke tahap muak dengan permainan politik ala "FREE MASON" Dato' Seri & rakan-rakan yang begitu penuh dengan konspirasi serta polemik politik, sehingga mana saya merasakan Malaysia tidak lagi mempunyai masa depan yang cerah.
Memang segalanya adalah ketentuan Allah swt, kita tidak boleh meramal masa depan, Tapi analoginya sama kalau saya bantai sebulan straight tak datang kuliah, assignment tak buat, kuiz tak ambil, cabar lecturer untuk gagalkan saya, tapi masih berharap untuk dapat A+ masa keputusan peperiksaan dipaparkan.
Tak logik bukan?
Begitu jualah apa yang Dato' Seri & rakan-rakan lakukan sejak 2013, sehingga ke harini..
Sehingga ke zaman pekerja Oil & Gas ramai yang dibuang kerja, zaman pelbagai cukai dikenakan, zaman barang naik, zaman 2016 yang penuh dengan cabaran mendatang ini Dato' Seri.
Saya tak faham apa yang Dato' Seri cuba lakukan untuk masa depan Malaysia sebenarnya?
Sehingga ke waktu & ketika ini, saya lansung tak nampak apakah bentuk kredit kepimpinan yang Dato' Seri nak sampaikan kepada kepimpinan seterusnya untuk menjadikan Malaysia ini negara yang lebih baik.
Beginilah Dato' Seri..
Memandangkan Dato' Seri & rakan-rakan Dato' Seri jenis yang tak makan saman, ditambah pula dengan gerakkan nak "sack" orang jek kerjanya tak habis-habis sejak siri gossip politik menjadi tsunami dalam diri Dato' Seri & rakan-rakan, Saya nak buat beberapa azam baharu sempena tahun 2016 ini, sebelum menjelang PRU14 tak lama lagi,
1. Saya akan berusaha menerangkan kepada kepada keluarga besar saya bahawasanya, UMNO dibawah kepimpinan Dato' Seri TIDAK LAGI SAMA dengan kepimpinan UMNO terdahulu yang fokusnya jelas untuk menjaga kebajikan rakyat, dan bukannya bertindak sebagai parti yang terhegeh hegeh hendak menjaga survival pemimpin politik.
2. Saya akan lebih kerap turun ke kampus, berjumpa dengan rakan-rakan mahasiswa di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar, Alumni Majlis Perwakilan Pelajar yang masih berada di kampus, kelab, persatuan & sekretariat untuk mencanang bahawa inilah masanya mahasiswa nak BERSATU membawa perubahan kepada masyarakat. Suatu usaha menggabungkan mahasiswa tidak kira dari kem mana (baca: Aspirasi, Pro-Mahasiswa) akan dilakukan untuk mengembalikan peranan mahasiswa sebagai suara ketiga yang berkuasa di negara ini bagi menyatakan segala cita-cita, harapan, tindakan yang seharusnya dilakukan untuk Malaysia yang lebih baik.
3. Saya akan terus berjumpa dengan rakyat marhaen yang hidup bangun pagi balik petang macam saya untuk sedar akan kegusaran yang seharusnya mereka fikirkan bersama demi Malaysia yang lebih baik. Baik peniaga burger, peniaga warong, makcik cleaner, abang posmen, semuanya lah, mana yang saya sempat untuk berbual
& berjumpa.
Misi saya satu;
1. Mengajak mereka supaya bijak memilih pemimpin Islam yang ada cita-cita untuk memperelok pegangan agama, kerana melalui agama sahaja nusrah Allah swt akan datang bersama-sama dalam kepimpinan,
2. Tolak pemimpin yang hanya mementingkan kuasa & ego. Rakyat lansung tidak dihiraukan. Ceritanya penuh dengan penipuan & dusta.
Saya tahu saya hanyalah orang kerdil, besar manalah usaha saya ini, tidak sehebat orang kiri kanan Dato' Seri yang siang & malam berhempas pulas untuk mempertahankan Dato' Seri.. smile emoticon
Kita tunggu PRU14 nanti ye, Dato' Seri.
Saya yakin, lebih ramai pemerhati bebas yang akan buat kerja "free-lance" sama macam saya ini, InShaAllah. Amin.
Saya nak pinjam motto kempen presiden Donald Trump, "MAKE MALAYSIA GREAT AGAIN!"
Jom sama-sama melakukan perubahan..! smile emoticon
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan