Akhbar harian itu bagaimanapun melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Saudi enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.
Riyadh berdiam diri dalam isu itu, yang kali pertama didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun lalu. “Bukti diperoleh daripada siasatan itu tidak menunjukkan derma diberi sebagai dorongan atau habuan kerana melakukan sesuatu berkait kapasitinya sebagai perdana menteri,” kata Apandi pada sidang media, semalam.
“Lebih pun, perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.”
BBC hari ini memetik sumber Arab Saudi yang enggan dinamakan mengesahkan kerajaan itu mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib, mengatakan ia disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, dalam usaha memastikan parti Islam PAS tidak memenangi pilihan raya umum pada 2013.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia akan memohon semakan terhadap keputusan Apandi, dan akan membentangkan kertas siasatan kes Najib kepada panel penilai yang memantau agensi anti rasuah itu.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan