Selasa, 26 Januari 2016

Kakitangan awam terkejut baca ni hahaha

Semalam kecoh dalam media sosial mengenai langkah kerajaan yang akan memotong elaun kakitangan awam. Ada yang tepuk dahi, ada yang kerut dahi, ada yang enangis sekalipun .. hahahhaha

Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) hari ini menafikan dakwaan yang kini tersebar luas di laman sosial mengatakan Putrajaya akan memotong elaun kakitangan kerajaan berikutan situasi ekonomi yang dihadapi negara kini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, kerajaan setakat ini tidak pernah memanggil kesatuannya untuk membincangkan hal mengenai penarikan kembali elaun termasuk pemotongan gaji dan pemansuhan kenaikan pangkat penjawat awam.

"Cuepacs menafikan hal tersebut (pemotongan elaun). Kami tidak pernah dimaklumkan perkara itu dan tidak ada perbincangan dibuat, baik di peringkat kesatuan, mahupun kerajaan.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya desas-desus yang berlegar di media massa dan elektronik berhubung penarikan semula elaun penjawat awam, kenaikan gaji, penangguhan kenaikan pangkat.

"Itu semua tidak benar. Kerajaan tidak akan menyentuh penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, berita mengenai Putrajaya memotong elaun penjawat awam dan kumpulan profesional tersebar luas di laman sosial.

Bagaimanapun selepas diteliti, keratan berita yang bertajuk "Kerajaan potong elaun -80,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional terlibat" itu dipetik daripada laporan lama Utusan Malaysia bertarikh 7 Januari 1998.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan melakuan pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 susulan senario ekonomi global tidak menentu dan kejatuhan harga minyak mentah yang memberi kesan kepada hasil negara.

Semasa pembentangan Bajet 2016 pada Oktober lepas, pendapatan negara diunjurkan berasaskan harga minyak mentah AS$48 setong tetapi harga minyak kini jatuh bawah paras AS$33 setong.

Mengulas mengenai perkara itu Azih berkata, meskipun Putrajaya dilihat tertekan dengan kejatuhan harga minyak namun beliau melihat situasi ekonomi tidak menentu diselamatkan dengan pelaksanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Meskipun harga minyak jatuh namun kerajaan dapat hasil pulangan melalui pelaksanaan GST. Cukai itu dapat membantu kerajaan dalam hal urus tadbir.

"Kalau Petronas terjejas pun, kerajaan bukannya dapat beratus bilion daripada Petronas. 

"Ada sumber lain. Selain GST, dengan pertambahan pelancongan, kerana mata wang rendah ia juga akan beri pulangan kepada kerajaan," katanya.

Pada masa sama, beliau menjamin pemberian skim perkhidmatan awam sebanyak RM250 kepada kakitangan kerajaan sepertimana diperjuangkan Cuepacs akan diteruskan meskipun dengan semakan semula Bajet 2016.

Katanya, selain daripada pemberian skim itu, kerajaan juga berjanji melaksanakan tuntutan Ceupacs seperti kenaikan gaji kakitangan awam termasuk gaji minimum.

"Kerajaan bersetuju setiap bulan penjawat awam akan menerima skim perkhidmatan RM250. Dan sudah beri jaminan ia akan diteruskan.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak tarik balik pemberian skim tersebut kerana kalau ditarik balik sudah tentu kita akan dimaklumkan lebih awal (sebelum pembentangan semula Bajet 2016).

"Kerana, kalau itu pun ditarik balik, maka akan timbul rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam dan merosakkan kepercayaan kepada kerajaan," katanya. – 25 Januari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam jgn belanja bonus 500 tu

simpan sikit kot2 belanjawan ubahsuai akan minta balik bonus tu

zaman monggol ni apapun boleh terjadi