Selasa, 26 Januari 2016

Inikah habuan untuk Peguam Negara ...?

Ish, hangpa ni .. jangan fikir bukan-bukan OK. Kebetulan je kot. Dia dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah tu pun kebetulan je kot... Takkan la sebagai ganjaran atas usaha dia membebaskan Najib. Mustahil, mustahil, hehehehehe.

Mungkin tidak keterlaluan, lihat contoh Ezam dan beberapa orang lain yang rapat dengan Anwar. Setelah berpaling tadah, apa mereka dapat..? Itu kan sudah budaya UMNO! Tengah goyang-goyang kaki menjadi "super VIP". Eh .. mana mereka pergi selepas Anwar dihumban ke penjara? hehehehe

Selamat la tuan
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji.

Pelantikan itu disahkan oleh wakil lembaga itu Anis Zuhani Ahmad, lapor The Malaysian Reserve.

“Ya, kami boleh sahkan pelantikan Apandi Ali sebagai anggota lembaga Tabung Haji baru-baru ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Semakan Malaysiakini di laman sesawang Tabung Haji mendapati nama Apandi sudah tersenarai dalam organisasi berkenaan.

Berita pelantikan ini timbul ketika terdapat spekulasi lembaga itu melewatkan bayaran dividen kepada sembilan juta pendepositnya.

Pagi tadi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan bahawa lembaga itu dalam keadaan baik dan maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan lewat hari ini.

Asyraf demikian sebagai mengulas surat bocor kononnya daripada Bank Negara Malaysia memberi amaran Tabung Haji rizabnya dalam paras negatif.

Berita pelantikan ini timbul ketika Apandi mengumumkan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.

Apandi berkata, kesemua kes kini ditutup ~ Malaysiakini

Jadi kalau hangpa tanya aku, ini bukan habuan, ini kebetulan. Kepakaran dan pengalaman dia menyebabkan kerajaan tidak nampak muka lain yang layak .. heheheheheh.....

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Inna day !Oooiii!!! AZEEEZ - tak bagi gaji kat Apandi tapi bagi elaun saja, elaun bukan DUIT ? Mula mula bagi pegang siku lepas tu nak bagi pegang paha lepas tu.......