Ahad, 1 November 2015

PAS bersedia jadi penasihat parti BN

Pas bersedia bertindak sebagai penasihat bagi membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat. Malah, pada masa sama, parti berkenaan dengan sinis turut menyindir DAP dengan Kabinet bayangannya sambil menyifatkan tindakan bekas parti sekutunya itu sebagai syok sendiri sekiranya mereka berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya. “Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa.

Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam,” katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama Pas anjuran Badan Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini. Selain Abdul Hadi, dialog itu turut dijayakan oleh Dekan Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusof. Yang turut hadir, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat serta barisan kepemimpinan Pas negeri itu. Abdul Hadi berkata, kepemimpinan Pas akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pelbagai isu terutama berkaitan GST dan kenaikan kos sara hidup rakyat. “Kita ada cadangan agar kerajaan hapuskan GST kerana ia menyusahkan rakyat dan akan menyebabkan berlaku inflasi. Kita akan bincang bagaimana cara untuk selesaikan masalah ini.

“Contohnya, dalam Islam, orang kaya saja dikenakan cukai, orang miskin tak kena. Begitu juga orang Islam saja dikenakan bayar zakat manakala bukan Islam kena bayar cukai,” jelasnya. Dalam sidang akhbar selepas itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya segala teguran serta nasihat kepada kerajaan tidak memberi sebarang kesan, Pas tiada pilihan melainkan terpaksa mengambil alih pemerintahan. “Perjuangan kita untuk mengubah keadaan dan bukan berebut jadi pemimpin. Tetapi kalau tidak berubah juga, menjadi tanggungjawab kita untuk tukar kerajaan. “Kita akan jadi pembangkang yang boleh menasihat dan kita bukan jadi pelahap nak rebut jawatan,” ujarnya. Beliau turut mengulangi pendirian Pas untuk tidak sekali-kali bergabung dengan BN khususnya dalam menjalin kerjasama politik. Ditanya mengenai usaha pihak pembangkang lain yang akan mengemukakan usul menolak Bajet 2016 dalam sidang Parlimen, Abdul Hadi menegaskan, Pas hanya bertindak sebagai pihak berkecuali.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Hendak jadi penasihat tidak perlu ada parti memadai jadi NGO. Itu yang amat elok dan sempurna. Perlu ingat sejarah dan kata kata TGNA dan Ustaz Fadil Nor secara amati mendalam. Jangan merugikan kehendak pengundi sebenar nanti kecewa kelak.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah jika PAS jadi penasihat... suatu yang amat amat amat membanggakan.

Tanpa Nama berkata...

Sangat2 bersetuju utk nasihat. Sila hubungi P.A. Rosmah untuk meeting.

Tanpa Nama berkata...

Sangat2 bersetuju utk nasihat. Sila hubungi P.A. Rosmah untuk meeting.

Unknown berkata...

Pas da jadi umno da