Isnin, 30 November 2015

Betul ke 30%?

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa sokongan orang Melayu kepada parti itu kini tinggal 30 peratus, manakala 78 peratus
lagi tidak berpuas hati dengan keadaan semasa ekonomi.

Memetik kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center, Muhyiddin berkata, sokongan orang Melayu kepada Umno selama ini melebihi 50 peratus.

Bagaimanapun, tegasnya, sokongan itu tinggal 30 peratus sekarang.

Umno, katanya, sentiasa berada di barisan hadapan dari segi mendapatkan sokongan orang Melayu, tetapi ini telah berkurangan.

Begitu juga, katanya, dengan peratusan yang berpuas hati dengan keadaan ekonomi sekarang hanya 17 peratus manakala 78 peratus tidak berpuas hati.

Tahap sokongan kaum Cina kepada kerajaan, katanya, juga telah berkurangan daripada 13 peratus pada pilihan raya umum lepas, kepada hanya lima peratus pada
masa ini dan ia mungkin lebih rendah dalam dua tahun.

Muhyiddin berkata, ini adalah realiti yang dihadapi Umno dan BN ekoran kepimpinan sekarang dan 1MDB.

Dan jika tidak diperbetulkan, tegasnya, dalam tempoh dua tahun (pada pilihan raya umum akan datang), Umno boleh kalah.

Bercakap lebih satu jam di perhimpunan Umno Bahagian Pagoh semalam sebagai tanda sokongan untuk beliau, Muhyiddin berharap kepimpinan sekarang, sama ada
di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi, akan mengambil iktibar daripada kaji selidik itu, kerana ia mewakili sentimen rakyat.

Bagaimanapun, timbalan presiden Umno itu tidak menyatakan bilakah kajian Merdeka Center itu telah dijalankan.

Muhyiddin, yang juga ahli Parlimen Pagoh dan bekas timbalan perdana menteri berkata, itulah sebabnya beliau telah menyuarakan kebimbangannya kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara berkaitan 1MDB.
Tindakannya itu, jelas Muhyiddin, adalah untuk cuba membetulkan keadaan dan parti.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

1 Peratus kot!