Rabu, 28 Oktober 2015

Muhyiddin mula dilondehkan .. menarik!

Dalam serangan terbaru terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, portal MyKmu.net membidas sistem 1Bestari.Net.

Menurut portal itu, sistem yang diperkenalkan oleh Muhyiddin yang jugaadalah Menteri Pelajaran sebelum pemecatannya cukup membebankan guru di seluruh negara sehingga menyebabkan mereka beralih kepada pembangkang.

Guru-guru, katanya, bukan sahaja terpaksa mengendalikan pelajaran tetapi melakukan kerja-kerja perkeranian dengan memasukkan data pelajar ke dalam sistem komputer.

“Tujuan itu memang baik tapi masalahnya infrastruktur tidak lengkap lagi.

“Ramai guru mengeluh kerana sistem ini memakan masa mereka akibat talian yang sibuk bila terlalu ramai guru hendak memasukkan data pada masa yang sama.

“Ironinya, penyedia perkhidmatan bagi sistem ini adalah kroni Mahathir, tuan baru Muhyiddin sekarang,” kata portal yang adalah penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut MyKmu, lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan guru-guru membenci kerajaan kerana dilihat cuba menyusahkan mereka.

Katanya, seperti mana biasa apabila guru tidak boleh meminta pertolongan, mereka mengalihkan perhatian kepada pembangkang untuk mendesak kerajaan.

“Institusi perguruan yang dulu terkenal menghasilkan pemimpin hebat Umno seperti Tan Sri Isa Samad dan lain-lain, akhirnya bertukar menjadi lubuk pembangkang.

“Lebih teruk lagi ada yang mengambil peluang memburukkan kerajaan dalam masa yang sama, terhasillah generasi kurang ajar yang ramai kita lihat hari ini,” kata MyKmu.

Projek 1BestariNet telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama konglomerat perniagaan YTL.

* kah kah kah pemimpin hebat seperti Isa Samad? Pelingkup lagi ada la.

** bukan guru je membenci BN. Tapi 52% sudah menolak BN!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

mykmu ....kamu ingat harga petrol naik, rakyat suka ke..? harga barang-barang keperluan naik, kau ingat rakyat suka ke..? sudah ada cukai itu, cukai ini, kenakan lagi GST, kau ingat rakyat tak marah ke..? pemimpin kau kebas duit kerajaan untuk kayakan diri sendiri, kau ingat rakyat suka ke..? kau ingat pemimpin kau makan rasuah sana sini, kau ingat rakyat bangga ke..? kau ingat bila pemimpin kau selewengkan duit tabung haji, duit kwsp, duit pencen askar, rakyat akan senyum-senyum je ke..?.....kalau kau fikir macam itu, tentu anatomi tubuh kau salah....tahi ada dalam kepala dan otak kau letak kat dubur......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

mykmu......kau ingat rakyat suka bila harga barang naik..? kau ingat rakyat akan bersorak gumbira bila tol naik..? kau ingat rakyat gembira bila pemimpin kebas duit kerajaan..duit rakyat..? kau ingat rakyat akan ketawa besar bila dikenakan gst selepas dikenakan berbagai cukai..? kau ingat rakyat tak marah bila harga petrol dan diesel naik..? kau ingat itu je satu sebab mengapa rakyat mula menyokong pembangkang ke..? kalau begitu cara kau berfikir, tentu anatomi tubuh kau salah.....otak letak kat dubur, tahi kau terletak dalam kepala......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!