Isnin, 12 Oktober 2015

Mahathir, Ku Li, Muhyiddin 'mengamuk' di Putrajaya

Tun Dr Mahathir Mohamad dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan.

Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Sidang media itu berlangsung di Putrajaya hari ini.

Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

SelaiTun Dr Mahathir Mohamad dan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan bekas ketua Umno Batu Kawan.

Khairuddin Abu Hassan ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB. Peguamnya Mathias Chang turut ditangkap baru-baru ini.

Sidang media itu berlangsung di Putrajaya hari ini.

Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga hadirn mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat juga hadir-MKINI

Dr Mahathir, pemimpin BN kecam Putrajaya guna Sosma terhadap pengkritik


Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini berganding
bahu mengkritik Putrajaya kerana menggunakan undang-undang keselamatan baharu ke atas 2 individu kerana dikatakan cuba mensabotaj ekonomi, mengatakan ia
sebenarnya digunakan terhadap pengkritik kerajaan.

Mereka menggesa Putrajaya membebaskan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang daripada pendakwaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

“Mereka (Putrajaya) mendefinisikan sabotaj ekonomi bergantung kepada keperluan mereka,” kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana
di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan bekas pemimpin negara itu berkata, kerajaan tidak seharusnya menyalah gunakan akta berkenaan kerana kedua-dua mereka tidak melakukan kesalahan
keganasan. 

“Kedua-dua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah Sosma hanya kerana
menyatakan pandangan, pendapat, kritikan, serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” menurut
kenyataan mereka. 

Selain Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno, turut hadir ialah naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan
Tan Sri Sanusi Junid serta bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat. – 12 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: