Jumaat, 9 Oktober 2015

Kedudukan Rafizi sebagai Setiausaha PKR dalam bahaya

Sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan, kata sumber parti.

Sumber itu berkata, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. 

"Pimpinan utama parti menerima mesej berbunyi 'I want blood' (saya mahukan darah) untuk menyelesaikan krisis ini," kata seorang pemimpin kanan PKR kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber memberitahu, dipercayai mesej itu dihantar kumpulan bertentangan untuk menekan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ekoran bantahan mereka terhadap pengumuman pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini.

Menurut sumber, selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

"Jika ini diluluskan oleh MPP, dalam pilihan raya umum akan datang, PKR tidak akan bertembung dengan PAS tetapi PAS bebas meletakkan calon di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh rakan PKR dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)," kata sumber itu.

Cadangan ini berbeza dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan Amanah iaitu kerjasama Pakatan Harapan dan PAS agar tidak ada pertembungan sesama mereka.

25 pemimpin PKR membuat petisyen mendesak MPP mengadakan mesyuarat khas ekoran pengumuman Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan selepas persidangan meja bulat parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa kehadiran PAS baru-baru ini.

Namun, menurut sumber, sehingga kini sekurang-kurangnya 7 anggota MPP yang menandatangani petisyen itu sudah menghubungi Dr Wan Azizah untuk memohon maaf.

Sumber berkata, mesyuarat khas pada Ahad ini juga dijangka akan berlaku pertembungan kuasa di antara penyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokong Rafizi di samping menguji sejauh mana kesetiaan ahli MPP terhadap Dr Wan Azizah.

Difahamkan, pihak yang mahukan PAS menyertai gabungan baharu itu tidak berpuas hati dengan pengumuman Dr  Wan Azizah dan mendesak diadakan mesyuarat segera.

Desakan yang dibuat melalui petisyen menyebabkan mesej dihantar seolah-olah 25 anggota MPP daripada lebih 50 ahli melakukan undi tidak percaya kepada Dr Wan Azizah.

Bagaimanapun, petisyen dikemukakan itu tidak ada ada sebarang tuntutan yang jelas.

Sumber memberitahu, tuntutan itu akan dibuat semasa mesyuarat pada Ahad.

Akan tetapi bekas pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) Profesor Datuk Dr Redzuan Othman tidak merasakan pertembungan akan berlaku dalam mesyuarat khas tersebut.

"Ia hanya perbincangan biasa saja untuk menuntut penjelasan kenapa Pakatan Harapan diumumkan secara tergesa-gesa tanpa dibawa kepada parti terlebih dahulu," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui mendengar usaha sedang dilakukan untuk menyingkirkan Rafizi sebagai setiausaha agung dan digantikan dengan Datuk Kamaruddin Jaffar yang menyertai PKR baru-baru ini.

"Saya rasa mereka tidak berpuas hati dengan cara Rafizi menguruskan parti," kata Redzuan yang merupakan timbalan pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan di bawah kerajaan Selangor pimpinan Azmin sebagai menteri besar. – 9 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

mansor berkata...

menghapuskan Rafizi, bersorak sorai lah warga UMNO, dan menjadikan kecerdikan politik PKR setaraf dgn UMNO,..dan PAS..tak sebulu ..singkir...