Sabtu, 31 Oktober 2015

Ini bukti kes remaja seks di sekolah

MELAKA: Jabatan Pendidikan Melaka akan melakukan siasatan terhadap kes seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang melakukan kegiatan tidak bermoral dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya di Jasin.

Pengarahnya Abu Bakar Sahari berkata siasatan itu bagaimanapun hanya akan dilakukan selepas siasatan pihak polis selesai bagi mengelak sebarang gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa itu.

"Kami akan meminta pihak sekolah untuk membuat laporan penuh berhubung kes ini selepas siasatan polis selesai untuk tindakan lanjut yang perlu diambil di peringkat sekolah.

"Kami terkejut apabila mengetahui perkara ini. Kes ini adalah terpencil... pihak jabatan memandang serius hal ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kegiatan tidak bermoral seorang pelajar tingkatan empat yang dikesan ibunya melakukan hubungan seks dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya.

Turut dilaporkan keluarga pelajar berkenaan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan lapan pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata semua pelajar yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu akan dipanggil pihak sekolah dan diberi sesi kaunseling secara intensif bagi memberi kesedaran kepada mereka.

"Pihak sekolah dan jabatan juga akan terus memantau perkara ini agar tidak berulang atau berlaku pada pelajar lain atau di sekolah lain," katanya.

-Bernama


PUTRAJAYA, 29 Okt (Bernama) -- Purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan, kata Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes membabitkan remaja yang mengandung luar nikah, katanya.

"Secara purata terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program
Generasiku Sayang peringkat kebangsaan oleh Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Ditanya mengenai bilangan remaja yang hamil akibat dirogol, Dr Subramaniam berkata jumlahnya amat kecil.

Beliau berkata kehamilan di kalangan remaja bukan sahaja memberi kesan kepada individu berkenaan, malah dikhuatiri boleh mengundang risiko kematian terhadap
bayi dalam kandungan selain ibu itu sendiri.

"Kadangkala ada remaja ini yang sembunyikan kehamilan mereka sehingga mendatangkan risiko kepada badan sendiri dan ada yang meninggal dunia semasa proses
kehamilan atau ketika bersalin," katanya.

"Isu remaja hamil ini merupakan satu isu yang amat sensitif, tidak seperti orang sakit boleh jumpa doktor dan dapat rawatan," katanya lagi.

Menurutnya, Kaji Selidik Kesihatan Pelajar Berasaskan Sekolah Global kendalian Kementerian Kesihatan pada 2012 membabitkan remaja berusia 13 hingga 17
tahun di seluruh negara, mendapati 50.4 peratus yang ditemui mengaku mengadakan hubungan seks kali pertama sebelum usia 14 tahun.

"Jika ini tidak ditangani ia akan meningkatkan lagi risiko kehamilan di kalangan remaja dan seterusnya mengundang kesan negatif seperti pembuangan bayi,"
kata Dr Subramaniam.

Mengenai pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan, Dr Subramaniam berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak agar mengambil
tindakan lebih berkesan menghadapi isu wanita dan remaja hamil.

Menerusi program itu, Kementerian Kesihatan menyediakan pusat jagaan yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada remaja serta wanita hamil tanpa nikah
selain bayi yang bakal dilahirkan.

Ketika ini pusat penjagaan Generasiku Sayang telah diwujudkan di semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Pahang.

-- BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: