Jumaat, 2 Oktober 2015

Betul ker pengacara Nona pakai baju jarang nampak coli?

Aktres dan pengacara Fouziah Gous, 32, menganggap tuduhan mengatakan dia memakai baju nipis sehingga menampakkan pakaian dalam ketika mengacarakan program
Nona pada Ahad lalu sebagai tidak masuk akal.

Memetik kenyataan di mStar online, Fouziah, berkata, tindakan penulis di sebuah forum gosip membangkitkan isu itu sengaja diada-adakan untuk mensensasikan

"Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta
atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan," katanya.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, sepanjang mengacarakan Nona, kru produksi sentiasa peka terhadap pemilihan busana yang akan digayakannya termasuk memastikan
ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata.

Malah kata Fouziah, dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: