Ahad, 20 September 2015

Haji Hadi nasihatkan "pengkhianat" PAS bertaubat .. hehehehe

Presiden Pas Datuk Sering Abdul Hadi Awang menyifatkan penubuhan pakatan baharu yang disertai Pas tidak akan terbentuk kerana Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pengkhianat.

Hadi berkata, Pas tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan mana-mana parti pengkhianat yang mahu mengkhianati parti Islam itu mahupun memiliki rekod mengkhianati perjuangan parti.

"Tak boleh sama sekali," kata Hadi menerusi satu klip video yang dimuat naik di akaun Facenook Pas semalam.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (Amanah) kerana parti itu ditubuhkan oleh bekas pemimpin parti Islam itu yang tewas pada pemilihan Pas lalu.

Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, Presiden Pas itu berkata, Pas sedia bekerjasama dengan pihak lawan berbanding pengkhianat yang lebih teruk dan bahaya dari musuh.

Menurut Hadi, orang yang mengkhianati perjuangan parti hanya berdepan dua pilihan iaitu kembali kepada parti atau akan dihapuskan.

"Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.

"Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Selepas maki, labe, kutuk & halau keluar PAS skrg suruh taubat pula. Siapa yg perlu bertaubat?

Tanpa Nama berkata...

TUANG PRESIDENG ini tidak sedar diri bahawa dialah yg patut bertaubat kerana dialah yg mengkhianat pakatan rakyat.Ajak HARUN DIN sekali sama2 bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

..yg aku nampak pengkhianat sebenar perjuangan rakyat adalah Haji Hadi@Pas sendiri.Dalam keadaan peluang terbuka luas utk pembangkang mengasak BN dlm pru nanti hasil gabungan jitu PR kini telah terburai ikatannya akibat isu hudud yg seolah2 sengaja PAS jadikan sebagai halangan..Nampak sangat PAS tak pandai atau memang bodoh utk menilai keikhlasan parti umngok yg sememangnya ingin lihat kesatuan PR pecah berderai...Jika selepas PRU nanti dgn BN masih lagi kekal memerintah, maka kamulah Haji Hadi yg menjadi punca mengapa rakyat akan sekali lagi hidup sengsara sepanjang 5 tahun lagi..

Tanpa Nama berkata...

Betul2 membara dah hati tuang presiden ni.....aku cuma mampu senyum jer...

Tanpa Nama berkata...

sikit punya marah la dia tu

pasal sambal belacan saja pun nk bunuh2

sudahlah hadi pergilah buat kerja kau

laksanakan hudud seperti yg dicanang berdekad2

jgn sibuklah dgn Amanah.. serah mereka pada Allah

bukan kau yg menghukum... Allah yg menghukum

tp ingat Allah Maha Adil.. bukan org biasa saja diadili, ulamak juga diadili

daah dah pi buat kerja kau

Unknown berkata...

Tuang presideng ni dh jd barua umno sbg pemecah undi dlm pru nnti..mmg tu tujuang sbnr dia..kmewahang tlh mngaburi mata tuang presideng