Sama DAP sanggup cerai kerana antaranya isu hudud kan???
Tapi sama PKR masih kekalkan tahap kerjasama kan ..?
Walaupun berita kat bawah nanti cerita tentang pendirian PKR mengenai hudud kan ..?
Mana pendirianmu wahai pemimpin PAS ..
Kenapa tak putus juga dengan PKR ...?
Sebab kerusi di Selangor ..?
Takut undi merosot ..?
Apa takut .. siku, lutut kan ada ..??
Kan aku dah cakap, rakyat akan menilai keikhlasan korang dalam PRU 14 nanti ..
Pada sidang media kemudian, Mustafa mengesahkan tiga pemimpin tertinggi PAS telah mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PKR termasuk presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin bagi membincangkan mengenai tahaluf siyasif dalam pakatan pembangkang.
Dalam pertemuan itu di Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur, PAS diwakili oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Mustafa manakala PKR diwakili beberapa pemimpin tertingginya yang diketuai oleh Wan Azizah.
"Kita masih tahaluf dengan PKR tetapi dengan DAP dan parti baharu (Amanah), kita tak ada tahaluf," katanya. - Bernama.
* cuba baca artikel bulan Mac 2015 di bawah;
PKR tak sokong rang undang-undang hudud Kelantan di Parlimen - The Malaysian Insider
PKR hari ini mengisytiharkan tidak akan menyokong cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai
kuasa mahkamah Syariah yang akan dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Parlimen berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.
Pemimpin tertinggi parti itu membuat ketetapan tidak boleh menyokong RUU tersebut, susulan mesyuarat Biro Politik PKR semalam, berdasarkan 2 pertimbangan.
"Pertama, kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU Persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan
parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari, 2015.
"Kedua, sekiranya RUU Persendirian tersebut berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal, iaitu tidak menyokong
berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata PKR dalam satu kenyataan hari ini.
Ia ditandatangani semua 7 pimpinan tertinggi PKR diketuai presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
RUU itu ialah lanjutan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum
hudud yang dibentangkan Rabu lalu.
Hadi pada Khamis lalu menghantar surat kepada Parlimen memohon kebenaran membentangkan RUU itu, pada sidang yang sedang berlangsung dan akan berakhir 9
April depan, untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hudud.
Ia dikatakan untuk meminda Akta 355 (Mahkamah Syariah) yang selama ini mengehadkan bidang kuasa mahkamah dan menjadi penghalang pelaksanaan hudud.
PKR dalam kenyataannya hari ini mengatakan mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan dan setakat
ini, tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi Umno atau Barisan Nasional (BN) yang menyatakan pendirian berhubung perkara itu.
"Tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau BN pun yang membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan RUU tersebut jika dibawa
ke Parlimen, termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Justeru, PKR menggesa kerajaan Umno-BN menjelaskan sama ada ia merestui RUU tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," kata kenyataan yang turut ditandatangani
timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang juga ahli Parlimen Gombak.
Turut mengesahkan kenyataan itu ialah tiga naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar (ahli Parlimen Lembah Pantai), Shamsul Iskandar Md Akin (ahli Parlimen Bukit
Katil) dan Rafizi Ramli (ahli Parlimen Pandan) yang juga merangkap setiausaha agung parti, ketua Wanita Zuraida Kamaruddin (ahli Parlimen Ampang) dan ketua
Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.
Satu lagi rakan komponen PR, DAP, akan mengadakan mesyuarat pada Isnin bagi menentukan hala tuju parti itu bersama pakatan berkenaan selepas merasakan
mereka “ditikam dari belakang” oleh PAS susulan pindaan enakmen berkenaan hudud yang diluluskan sebulat suara DUN Kelantan itu.
Susulan perkara itu, PKR meluahkan rasa kesal terhadap tindakan PAS yang didakwa mereka tidak menghormati muafakat dalam pembangkang itu apabila meluluskan
enakmen tersebut.
Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan kepada mesyuarat Majlis
Pimpinan PR pada 8 Februari lalu yang RUU yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan 4 perkara ke atas enakmen yang diluluskan pada tahun 1993.
Namun, draf pindaan itu katanya sehingga minggu lalu tidak diterima PKR, malah draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan 4 perkara seperti yang dimaklumkan
Amar, tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat.
Khamis lalu, semasa pindaan enakmen itu dibahaskan di DUN Kelantan, ketua pembangkang Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata beliau menyokong pelaksanaan hudud
kerana Allah, bukan kerana Umno.
Beliau yang mewakili semua Adun BN menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 yang dibentangkan tersebut.
– 21 Mac, 2015. - TMI
Pemimpin PAS tak kemaruk kuasa ..?
Kikikiki ....
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
6 respon:
PAS ni dah jadi PARTI CAP AYAM.
PAS ni dah jadi Parti Cap Ayam
Kami kekal bersama pas tolak pan dan dap..Pkr jg xlama lg..beruntunglah org2 sedikit itu..kami mencari redha allah utk syurganya, bkn dap,pkr maupun pr 2.0..sapot ulamak,teruskan perjuangan.
Munafik bila berberjubah dan serban besar, dia tipu hidup2 depan mata orang tetap percaya.
hudud hanyalah alat permainan pas ug
yg pas nak sebenarnya ialah
HUDDDUUUUU IIIITTT
2.6b wow meniaga hudud lebih untung dpd pilihanraya
untunglah kamu di akhirat nnti
teruskan berjuang jgn masuk pilihanraya kerana ia sistem yahudi
beruntunglah org yg sedikit... undinya
Catat Ulasan