Katanya, beliau sudah bertemu ketua pengarah penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan perkara itu dan memberi mereka tempoh sehingga Jumaat ini bagi turun padang dan bertindak.
"Kalau mereka tidak ambil tindakan sehingga Jumaat ini, kalau berlaku apa-apa kekecohan di sana, saya tidak akan bertanggungjawab. Mereka yang datang hari itu kata (akan ada) dalam 5,000 orang.
"Saya harap persatuan peniaga dan peniaga-peniaga Petaling Street beri kerjasama sepenuhnya.
"Kita tidak mahu, insiden 916 (himpunan baju merah 16 September) lepas berulang sekali lagi," katanya selepas membuat laporan polis berhubung fitnah terhadap dirinya, tengahari ini.
Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK Roslan Mahayuddin melahirkan rasa terkejutnya dengan kata dua Jamal kepada pihaknya.
"Apa ini, dia hendak mengugut kerajaan pula? Mana boleh begitu. Bukan begitu cara kami bekerja," kata Roslan mengakui ada bertemu Jamal namun enggan mengulas butiran perbincangan mereka.
"Kami turun atau tidak turun itu keputusan kami. Tidak semestinya kami ikut rentak dia. Kita ada strategi kami sendiri malahan Petaling Street dan beberapa tempat lain juga kami turun," katanya.
Roslan berkata, pada tahun 2015 KPDNKK sudah melakukan 18 kali serbuan dan pemeriksaan ke kawasan Jalan Petaling sementara tahun 2014 sebanyak 24 kali.
Jumlah barang rampasan setakat ini juga sudah mencecah hampir RM1 juta, kata Roslan.
Sementara itu, pada sidang media sama Jamal turut menjawab kenyataan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee yang menyifatkan beliau kebudak-budakan apabila meminta-minta berniaga di Jalan Petaling.
Ang turut berkata yang semua 700 lot perniagaan di situ sudah diambil sepenuhnya dan kemasukan peniaga baru akan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan peniaga lama.
"Kalau ada 700 lot, tak bolehkah tambah 10 atau 20 lot lagi? Sekurang-kurangnya apabila pelancong asing datang nampaklah muka-muka Melayu, muka-muka India dan lain-lain.
"Jangan kita minta hak orang sahaja, hak kita, bersediakah kita untuk berkongsi dengan orang lain," kata Jamal sambil menafikan beliau bersikap kebudak-budakan. ~TMI
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
ada agenda perniagaaan srbenarnya jamal tu
bukan perjuangan melayu apa pun
lepas ni berhimpun kt BRICKFIELD pulakla
kt sana didominasi peniaga india dn jadi little india..
tkkan kt petaling street saja
Catat Ulasan