Sabtu, 15 Ogos 2015

Bawa Rafizi kena gantung semesta .. kalau bawa Najib pasti dijulang jawatankuasa tatatertib UIA

Dua pemimpin pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dijatuhkan hukuman gantung pengajian selama dua semester beserta amaran keras selepas didapati bersalah membawa wakil rakyat PKR Rafizi Ramli ke kampus itu.

Dua pelajar tersebut, Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUIA) Hanif Mahpa dan Pengerusi Sekretariat Akademik dan Intelektual MPPUIA, Afiqah Zulkifli didapati bersalah oleh UIA hari ini.

Pada 11 Mei lalu, Rafizi yang juga setiausaha agung PKR, dijemput memberikan penerangan tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di kampus UIA oleh MPPUIA.

Program yang mulanya mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran diarahkan batal pada saat akhir namun ia diteruskan juga. Ekoran itu, ketika Rafizi sedang berucap, sekumpulan pegawai UIA datang ke program yang ketika itu diadakan di satu tempat terbuka di kampus itu, selepas dewan tidak dibenarkan untuk digunakan.

Seorang pengawal keselamatan merampas pembesar suara yang sedang digunakan ahli Parlimen Pandan itu dan mengarahkan semua pelajar yang sedang mendengar penjelasan itu bersurai.

Ekoran itu, video yang menayangkan kejadian tersebut menjadi viral di media sosial.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis) mengecam keputusan jawatankuasa tatatertib UIA yang menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua pemimpin pelajar itu.

"Dalam keadaan negara yang membimbangkan pada hari ini, pentadbiran UIA menambahnya lagi dengan menghuru-harakan keadaan apabila mengambil keputusan menggantung mereka atas alasan menganjurkan program GST tanpa kebenaran pihak universiti," kata presiden Gamis, Mohd Imran Md Ishak.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: