PETALING JAYA: Serangan dan tuduhan yang dilakukan media Barat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan setakat UMNO dan Barisan
Nasional (BN) tetapi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.
Ia ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Katanya, strategi itu digunakan memandangkan UMNO mempunyai 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya 21 kerusi.
“Jadi untuk kucar-kacirkan negara, mereka mesti lumpuhkan UMNO dengan menyerang pemimpin UMNO yang mana sebelum ini mereka membuat serangan di peringkat
dalam negara tetapi tidak berjaya,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang berkata, serangan bertubi-tubi terhadap Najib adalah perancangan rapi dan agenda
besar pihak tertentu bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.
“Kita kena ingat dalam jangka masa panjang bagaimana Arab Spring menyebabkan negara-negara terbabit lumpuh dan tidak stabil hingga ke hari ini,” katanya.
pulak dah ...
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
7 respon:
Tuduhan media terhadap pemimpin Be End tidak mempunyai kesan buruk ke atas orang Islam negara ini sebab pemimpin Be End tersebut menentang hukum Allah secara terang-terangan! Jika pemimpin Be End itu meletak jawatan, orang Islam boleh menegakkan hukum Allah dengan lebih mudah di negara ini.
ha ha inilah pemikitan MT UMNO. Yahudi nak jatuhkan Najib? Padahal Najib ada ramai penasihat yahudi...tak kan kamu tak tahu. Terima kasih
Jgn nak kaitkan dgn Islam laa... mulia sangat ke UMNO Be End tu.. Allah dh tunjukkan di bulan mulia ni segala tipu helah pemimpin2 & berkat doa rakyat marhaen yg skrg tgh menderita. Segala yg berlaku tentu ada hikmah. Sendiri mau ingatlah woiii!!
kasi bogel semua skandal kewangan dia...
Bila menteri otak udang bersuara..
Lagi spesis mat maslan keluaran umngok..
Lagi spesis mat maslan keluaran umngok..
Catat Ulasan