Jumaat, 3 Julai 2015

PAS Terengganu dakwa PKR & DAP tak buat kerja ..

KUALA TERENGGANU – Pemuda Pas negeri mendakwa bahawa hanya ahli parti itu bertungkus-lumus melakukan gerak kerja dari bawah sedangkan PKR didakwa hanya kelihatan menjelang pilihan raya.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah berkata, ia merupakan hakikat yang perlu diterima kerana hanya ahli Pas khususnya di peringkat akar umbi bekerja untuk mengukuhkan kekuatan pembangkang di negeri ini.

Disebabkan itulah katanya, pembahagian kerusi antara rakan PR sebelum ini menjadi isu setiap kali pilihan raya umum sebagaimana PRU13 lalu.

“Pembahagian kerusi pada PRU13 lalu menjadi bebanan kepada Pas kerana tenaga PKR muncul pada pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pada PRU13 lalu, berlaku pertindihan di tiga kerusi di negeri ini melibatkan Pas dan PKR iaitu di Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera.Bagaimanapun, PKR beralah mengumumkan penarikan diri calonnya saat akhir bagi memberi ruang kepada Pas.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman memberitahu bahawa beliau tidak menolak keadaan itu berlaku disebabkan Pas mempunyai keahlian yang ramai berbanding ahli PKR dan DAP di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan peranan dimainkan kedua-dua parti itu sebagai penyokong dalam memastikan kekuatan PR selain turut memberi kerjasama dalam beberapa program anjuran parti itu sebelum ini.

“Berdasarkan landskap politik Terengganu perlu terima hakikat bahawa PKR dan DAP sebenarnya hanya penyokong.

“Di peringkat akar umbi, Pas sahaja sebenarnya melakukan gerakan. PKR dan DAP kena faham senario, landskap politik Terengganu begitu,” katanya.

sh

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: