Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, pihaknya hanya meluluskan usul itu dan sekarang terpulang kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad.
“Wallahualam (Hanya Allah yang tahu), (kami) tidak tahu,” katanya ketika ditanya adakah Dewan Ulamak menyesal dengan pembentangan usul putus hubungan tersebut.
Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai usul itu hanya akan diputuskan selepas Majlis Syura mengadakan mesyuarat selepas sambutan Aidilfitri.
“Dewan Ulamak hanya mencadangkan supaya Majlis Syura dan Pas Pusat buat keputusan.
“Sampai sekarang, usul itu tidak diputuskan lagi, Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” ujarnya.
Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura kelak.
“Usul itu (putus hubungan dengan DAP) terima atau tidak, saya akan tetap wala’ kepada Majlis Syura,” ujarnya.
FMT
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Ini adalah perangai orang melayu yang suka menangguhkan sesuatu perkara atau pekerjaan, masuk waktu solar dia kat sat, waktu kerja pun dia akan kata sat, Susah untuk terus bangun Dan buat
Catat Ulasan