Rabu, 1 Julai 2015

Azwan Ali seorang yang fasik - Mufti Perak

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, apa yang dipaparkan Azwan Ali di akaun Twitternya juga menunjukkan ciri-ciri golongan fasik.

Ini berikutan sikap biadab pengacara popular tersebut yang mencetuskan kontroversi kerana tweetnya tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim sebenar.

“Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa”

“Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk,” katanya kepada Astro Awani.

Dr Harussani mengulas kontroversi Azwan yang tersalah tafsir komen seorang pengikutnya di Twitter. Catatan awalnya bertanya restoran terbaik untuk berbuka puasa sekali gus mendapat reaksi pengikutnya yang mencadangkan restoran ‘Me’nate’.

Azwan yang tersalah anggap jawapan itu terus mengherdik pengikutnya yang bernama NurAziraWA dengan kata cacian selan dianggap sesuatu yang kelakar dan memalukan oleh pengguna sosial lain.

Sementara itu kata Dr Harussani, Azwan juga diminta menghayati surah al-Hujurat yang jelas meminta orang-orang yang beriman untuk menjauhi sifat banyak prasangka buruk kepada orang lain.

“Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat,” ujarnya.

* SENYUM SIMPUL: teringin tengok Mufti Perak dan lain-lain menegur secara terbuka kesalahan pemimpin UMNO. Haram tak berani!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mufti ni muncul kala isu begini. Jika isu negara dia diam menikus. Kata pada diri sendiri sama kot...

Tanpa Nama berkata...

Teringin juga nak tengok tegur pemimpin PR yang tak lekang dengan fitnah dan maki hamun dalam setiap ceramah....

bakat berkata...

Benda ni dia blh komen??? Mufti baca bhg hiburan ke??? Aku pon tak baca bhg hiburan... byk lg benda mungkar yg dilakukan oleh menteri2 terutamanya perdana menteri tak plak tegur... rakyat teraniaya tertekan ... mcm nak mati kerja utk sesuap nasik dan bayar cukai utk menteri dan gaji pegawai kerajaan seperti mufti yg sepatutnya menjalankan amanah utk rakyat.. namun... Masya Allah... hancur islam kat malaysia ni disebabkan mufti2 mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

tak payah la syok sgt kutuk mufti tu. Untung dia dapat pahala.
-pen baru online-

Tanpa Nama berkata...

Oi Rakyat Malaysia! Sedarlah. KWSP, Tabung Haji, 1MDB, MAS, Felda, FGV, MARA semuanya hampir jahanam dikekah kerajaan. Semuanya dah nak muflis. Tinggal Petronas. Kalau Petronas muflis, lu dah boleh mula beli 3 biji telur ayam berharga RM300 sebab masa tu, nilai RM dah macam rupiah.
Buangkan kebencian dek perbezaan pegangan politik. Bersatu sebagai rakyat Malaysia, lemparkan jauh2 pemimpin yang tidak tahu buat kerja, kaki songlap duit rakyat tak kira apa parti mereka.
Jangan dah jadi macam Greece, baru nak menyesal. Dah tak berguna.

Tanpa Nama berkata...

Mufti Perak adalah seorang fasik

Tanpa Nama berkata...

Huh...ini namo ey..ohgang x dho kojo..dah dibagi kojo melampuih x dibuek..dunio akhir zaman..jago diri seniri cukup..dah x dho sapo dapek tolong lae dah!

Tanpa Nama berkata...

rocky the brown vibrator says: yeah wa stuju sama lu 10.15 pg. Wa pon heran kenapa MELAYU sekarang tak sedar2 bahana berpolitik menyebab bala (ekonomi) bertimpa2; wa bukan ikot mana2 parti tapi wa mcm lu; mari kita pakat2 sedar & ganyang pemimpin2 fasiq munafiq suuq & bangsat tak kira parti apa... aku tak sanggop tengok Melayu semakin mamposssssss sebelum sempat kencing atas kubor pemimpin2 celaka lahanat petualang bangsa......