Selasa, 14 Julai 2015

Berita ini amat bahaya untuk masa depan Najib dan BN

Akaun bersumpah akan didedahkan minggu ini menunjukkan jutaan ringgit disalurkan daripada akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Barisan Nasional
semasa PRU13.

Afidavit bersumpah akan didedahkan kepada umum minggu ini bagi menjelaskan bagaimana jutaan ringgit disalurkan kepada Barisan Nasional (BN) daripada akaun
peribadi perdana menteri untuk digunakan semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), kata badan bukan kerajaan Citizens For Accountable Governance Malaysia
(CAGM).

Penaung dan jurucakap kumpulan tersebut, peguam Md Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider, dokumen itu apabila didedahkan, akan menunjukkan kesalahan
yang dilakukan pentadbiran kini.

"Apabila didedahkan, ia akan menunjukkan bagaimana wang tersebut masuk dan keluar dari akaun PM, dan bagaimana keseluruhan proses itu berjalan.

"Ia akan menyambung semua titik dan menyelesaikan teka-teki selama ini," katanya.

CAGM mendakwa pada Ahad, jutaan ringgit dari akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur disalurkan kepada parti komponen BN menjelang PRU13 yang diadakan
pada Mei, 2 tahun lalu.

Zainal memberitahu The Malaysian Insider semalam, afidavit bersumpah tersebut sebahagian daripada dokumen mahkamah yang difailkan seseorang daripada industri
perbankan dalam saman terhadap perkara lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata sudah mendapatkan kebenaran plaintif untuk mendedahkan dokumen bersumpah tersebut.

"Kita mempunyai beberapa dokumen, termasuk afidavit bersumpah ini yang digunakan individu tersebut untuk mendapatkan bantuan undang-undang.

"Kini kita hanya perlu menyelesaikan beberapa isu, seperti kemungkinan didakwa menghina mahkamah, dan kita akan mendedahkannya kepada umum dalam masa beberapa
hari," katanya.

Tujuan CAGM mendedahkan dokumen tersebut ialah bagi menimbulkan kesedaran awam mengenai wujudnya kaedah pembiayaan politik tersebut yang dijalankan selama
ini.

Ketika mengumumkan mengenainya pada Ahad, CAGM menggelar kaedah pembiayaan politik itu sebagai satu 'sistem melancar' dibuat kerajaan memerintah dan jentera
pilihan rayanya.

Ia juga berkata sistem ini diwujudkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia membantu memastikan BN kekal berkuasa.

"CAGM boleh mengesahkan yang berdasarkan dokumen yang ada pada kami, berjuta-juta daripada akaun AmBank Najib sebenarnya digunakan untuk 'menyokong' parti
komponen BN menjelang PRU13," kata Zainal dalam kenyataannya pada Ahad.

Beliau mendakwa parti komponen BN diperuntukkan purata antara RM30 juta dan RM50 juta setiap satu. Dana juga disalurkan kepada lebih 12 parti pro-BN dan
NGO, yang setiap satu menerima antara RM1 juta dan RM8 juta.

Akaun bank Najib di AmBank menjadi tumpuan selepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pada 2 Julai, sejumlah kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion)
disalurkan kepadanya.

Bahagian yang terbesar daripadanya – AS$681 juta dipindahkan pada Mac 2013, sebelum pilihan raya pada Mei.

Akhbar perniagaan tersebut kemudiannya menerbitkan dokumen di Internet yang menunjukkan aliran wang masuk ke akaun Najib, bagi menyokong laporannya.

Najib menafikan mengambil dana bagi kegunaan peribadi tetapi tidak secara langsung menjelaskan mengenai penyaluran wang ke 2
akaunnya yang ditutup
pada Ogos 2013 dan 9 Mac tahun ini.

Diminta mengulas kenyataan CAGM itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan tersebut sepatutnya membawa bukti mereka ke Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) yang kini sedang menyiasat dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya tidak pasti jika mereka ada bukti itu. Jika ada, saya cadangkan mereka kemukakannya kepada pasukan penyiasat PAC dan mendedahkan bukti mereka kepada
umum.

"Sekiranya ia benar, ia akan menyebabkan pilihan raya itu tidak sah kerana dana awam digunakan untuk campur tangan dalam PRU13," katanya.

Maria berkata, sementara Malaysia tidak mempunyai undang-undang mengenai pembiayaan politik, calon pilihan raya harus mematuhi had perbelanjaan apabila
berkempen semasa pilihan raya.

Bagaimanapun, tiada had yang dikenakan terhadap perbelanjaan parti politik.

"Terdapat kelemahan di sini yang perlu diteliti Suruhanjaya Pilihan Raya, kerana ia sebahagian daripada pembiayaan politik berlebihan oleh parti politik
dan calon yang tidak dipantau," kata Maria. – 14 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: