Isnin, 22 Jun 2015

Rasmi: Jebon - jebon yang digelar oleh ulama PAS dilantik menjadi AJK PAS Pusat ..!!

Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.

Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan Ibrahim.

Malaysiakini telah menghubungi Salahuddin tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Manakala Mahfuz pula berkata beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.

"Saya belum terima surat seperti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, saya akan jawab secara bertulis (jika terima surat). Saya masih belum terima lagi surat itu," katanya ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.

Sementara itu, lima lagi pemimpin PAS dilantik ahli jawatankuasa PAS peguam Datuk Wan Mutalib Embong, Dr Najihatul Salihah Ahmad, Mohamad Husin, Mukhtar Suhaili dan Zainal Abidin Kidam.

Tuan Ibrahim turut mengumumkan bahawa Datuk Mustafa Ali sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pusat.

Manakala jawatan Setiausaha PAS kini disandang oleh Datuk Takiyuddin Hassan yang dibantu oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi.

Bagi jawatan bendahari pula PAS melantik Mohamad Noor Mohamad sementara Ketua Penerangan oleh Nasrudin Hassan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat telah menerima surat peletakan jawatan Mazlan Aliman sebagai anggota jawatankuasa PAS dan beliau akan menggantikan calon lain bagi mengisi kekosongan itu.

“Peletakan jawatannya (Mazlan) diterima. Masih ada satu kekosongan dan akan diganti,” katanya.

Minggu Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meletak jawatan itu serta merta kerana mahu fokus kepada NGO yang disertainya.

* secara rasmi, geng pro ulama telah melantik jebon, parasit ke dalam AJK Pas Pusat. Tapi belum muktamad 'jebon' yang digelar akan enerimanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Awang Chan UUM berkata...

biaq jebon terjun dgn jebon, lemas dan terus kojol... jgn dok lantik...sapa2 yang tak nak jwtn belah boleh belah n belah... termasuk admint ni yg asyiiiik dok cari sebab musabab melemahkan PAS yg Ori...kami sokong dan menang dlm Mukhtamar (AGM) jgn ulas n layan kami mcm cerita MIC...manusia Munafiq Hariki n Ugama liberal.. Tuak pun boleh pasai ada umphhh.. babi pun mengkedarah pasai sedap...takat dok hirup tuak n mkn babi goreng kot kakilima hotel tu tak sah dok jengkal otak org yg amal sunat n Solat Tahjud tiap malam...hangpa lupa n asyik dok kedarah tuak sambil dengar alunan lagu rod stewart...cakap sulam org putih 2@3 ayat...rasa megah... ajak mat indera..green book...mountdeweller dan ajak tt jadi pemudahcara...confirm majlis rancak...la ni kami sedang himpun hangpa semua boleh kenai n boleh la nak koi block blogger yg jilat pungkok lge n lks...yg jadi barua n broker

Tanpa Nama berkata...

Omak kau ini rupanya perangai bloger ularmak ..... saling tak tumpah macam perangai umngok.Tengok gaya bahasa yang digunakan. Entah Islam apa yang dianutinya...ya rabbi

Tanpa Nama berkata...

huh ug kat atas ni betul2 dh kena pil kuda presideng. umno pun xfaham apa dia tulis.

Tanpa Nama berkata...

aku dok perati hamper 90% blogger pakatan / PAS tk sokong cara muktamar PAS. so bye2 la .. kami mahu harapan baru untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Memangla, kalo komen pro pas atau islam kena ban,kena approve dulu.so tinggal komen2 org yg diupah jual agama sendirila yg ad