Islam Malaysia dua hari lalu, ia turut ditegur Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Menurut beliau, hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim seperti termaktub dalam Al-Quran seharusnya tidak dipandang enteng oleh mana-mana individu
Islam.
Kata beliau, isu tersebut sememangnya sudah jelas sejak dahulu lagi dan mereka seharusnya tidak terikut-ikut dengan budaya yang dibawa barat.
“Gimnastik, bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka.
“Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekaligus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan.
“Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bola sepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut,” ujar
beliau kepada Astro Awani.
Sebelum ini, isu tersebut turut mencuri perhatian Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof
Madya Dr Mariani Mohd Nor yang meminta supaya masyarakat bersifat adil terhadap atlet berusia 21 tahun itu.
Komennya, tindakan menghentam dan gemar melihat kelemahan pihak lain menjadi fenomena biasa yang berniat untuk sengaja menimbulkan sensasi.
Ia mula menjadi bualan setelah gambar atlet tersebut yang masih menyarung pakaian ketat ketika bertanding dimuat naik ke laman sosial.
Ramai pihak menghamburkan kutukan kerana Farah Ann tidak peka terhadap keadaan bahagian kemaluannya yang menonjol dan tidak ditutup dengan seluar trek.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Saya bersetuju dengan masalah penutupan aurat kepada mana-mana atlet perempuan yg hendak menceburi jenis serupa itu, dgn mengenakan pakaian yang sesuai sekiranya hendak juga menyertainya. Atlet muslimah negara lain boleh pulak memakai pakaian yg lebih sopan, kenapa tidak atlet kita kan ?. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing mengikut apa sumber makanan rohani dan jasmani mereka sehingga membentuk sistem nilai dan berpandangan sedemikian. Ambil langkah mudah saja, setuju ke diantara kita-kita ini yang membiarkan tubuh badan seksi, lurah ponggong dan kemaluan anak-anak kita atau buah hati kita atau isteri kita sekali pun ditaja tonton orang lain , publis dok bayangkan benda-benda lucah dikepala, kalau setuju atau dah menjadi cara hidup begitu persilakan, dosa tanggung sendiri sebab nasihat telah diberi betul tak ! . Yang menjadi masalahnya Peraturan Islam itu sendiri dan Kehendak Allah yang menghidup dan mematikan kita semacam diperlekehkan. Dosa tanggung sendiri , penaja lepas tangan. Wallahu a'lam.
Catat Ulasan