Majlis anak Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk orang kenamaan di KLCC, ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin lelaki.
“KLCC itu adalah majlis yang diminta oleh pihak lelaki, untuk tetamu meraikan sahabat-sahabat dia (keluarga Daniyar Kessibayev dari Kazakhstan).
“Walaupun dihos oleh keluarga perdana menteri tetapi diminta oleh keluarga lelaki. Tidak hanya minta tetapi ditanggung oleh keluarga pihak keluarga lelaki,”kata Rizal Mansor (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.
Justeru, katanya, perkahwinan itu tidak seharusnya menjadi isu dan bersifat peribadi untuk dikongsi dengan semua pihak seperti di tempat lain.
Selain acara di KLCC, acara lain majlis perkahwinan Nooryana Najwa turut diadakan di Seri Perdana, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) dan kawasan Parlimen Najib di Pekan, Pahang.
Tiada gambar dilapor dibenarkan diambil untuk program untuk orang kenamaan di KLCC.
“Kenapa tertutup (di KLCC)? Sebab (takut) orang kata bermewah-mewah, bermegah-megah.
“Kalau (hendak) bermegah-megah, kita buat live (langsung) di TV, kita panggil media untuk buat liputan. Kerana kita tak mahu tunjuk dekat oranglah kita buat tertutup,” katanya.
'Saya tahu keadaan sebenar'
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan untuk majlis itu walaupun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkannya sebagai “perkahwinan abad ini”.
“Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-bungaan (ketika majlis perkahwinan anaknya),” kata Mahathir (kiri) kelmarin.
Rizal juga berkata perunding perkahwinan yang menguruskan majlis itu juga ‘bijak’ mengatur perbelanjaan sehingga sesuatu yang murah berjaya nampak seperti mahal.
Beliau juga berkata mereka juga cuba berjimat dengan menyewa dan tidak membeli barang yang diperlukan.
“Iya (disewa), betul dan (ia) terserah pada kreativiti perunding perkahwinan,” katanya tanpa mendedahkah jumlah kos majlis itu.
Rizal, pegawai Najib sejak mula beliau menjadi perdana menteri, berharap orang ramai dapat berlaku adil terhadap keluarga perdana menteri.
“Saya ambil tanggungjawab ini sebab saya kasihan. Saya tahu keadaan sebenar.
“Tidak seperti mana yang orang cakap, jadi saya rasa baik bagi kenyataan daripada pihak saya. Saya baca komen yang tidak adil untuk PM dan keluarga,” katanya.
“Tidak elok menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.” -Mkini.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
7 respon:
Manalah orang nak percaya, perkara pokok, iaitu kos disorok, tetapi cerita perkara-perkara lain yg setengahnya nampak tak munasabah. Akhirnya orang x percaya langsung.
Entah, siapa nak PERCAYA lagi kata kata yang terkeluar hatta dari PM sendiri..!.. BELIT belit bila bercakap...
ya betui jgn hukum sesorg tnpa mengetahu perkara sebenar..kata sorg makhluk?
tapi nape antuya dibom tnpa mengetahui perkara sebenar serta rekod kemasukan imigresen dia ke 1malaya nie dipadamkan tnpa mengtahui perkara sebenar seterlah hakim kata x de motif tnpa mengetahui perkara sebenar? apa lak jawapan mahkluk tu yek? kah..kah.kah..kah..?
Sebagai seorang ketua negara sepatutnya tujuk contoh dan tauladan pada rakyat dalam perbelanjaan pada majlis perkahwinan anak agar jangan terlalu grand walau pun dengan perbelanjaan yang sedikit bukan kerana cemburu atau sebagainya tetapi dalam keadaan rakyat mengharung kepayahan hidup harian dengan pelbagai kesusahan pemimpin utama negara yang selalu menyeru rakyat untuk berjimat cermat telah mengamalkan pembaziran melampau oleh kerana katnya mampu untuk berbuat demikian,apakah kerana keluarga kita mampu kita boleh buat ikut suka dengan tidak pedulikan atas kesusah dan keperitan hidup harian rakyat yang menyokong kita hanya untuk melayan segelintir maknusia disekeling kita yang hidup dalam serba kemewahan,rakyat tidak peduli kemampuan kamu tapi fikirlah sedikit kehidupah rakyat harian yang bertarung hidup demi keluarga mereka.insaflah wahai pemimpin yang dipilih oleh rakyat janganlah jadi seperti sekarang ini pemimpin yang gila kuasa untuk menang PRK sedang menyembah pengundi untuk memilih mereka. tapi bila menang aku berkuasa. peduli apa dengan hampa.
Well said bro - kesimpulan nya rakyat semua memerhati gaya dan kemewahan tang ditunjulkan pada majlis perkahwinan tersebut. Rakyat dihimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan tinggi apatah lagi selepas diperkenalkan dengan GST tapi malangnya perkahwinan anak sendiri dibuat dengan secara begitu meriah sekali dan rasanya kos "per table" mungkin melebihi RM10 ribu ringgit. Biar apa pun alasan yang cuba diberi untuk bersetuju dengan cara Najib, namun rata ratanya rakyat mengeluh dan kecewa dengan Najib dan gaya pentabiran nya. Najib wajib berundur demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Kalau dah sorok2 adalah benda yang disorok....sembunyi2 lepas tu cakap duit besan....hahahahahahaha
Dulu cincin pun besan punya jugak hahahahahahah
Sampai bila nak main sorok2.....sampai ada lagi pegawai2 POM yang akan diletupkan oleh Allah SWT dalam helikopter lagi....?????
Pertanyaan saya mudah...."BOLEH CAYA KE?".
Catat Ulasan