Ahad, 10 Mei 2015

Siti Nurhaliza pasti mendapat cemuhan penyokong sebab ini .. lihatlah!!

Bila artis nombor satu mula bersuara, ada suara-suara sumbang mula kritik Siti Nurhaliza. Siapa lagi kalau bukan penyokong tegar kaler biru.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh
Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memalukan.

Luahan itu dimuat naik di laman Twitternya dan turut dikongsi ramai pengikutnya.
“Ya Allah lindungi kami ..” tulisnya ringkas.

Ia dimuat naiknya selepas tengah hari Sabtu.

Status Siti di laman sosial sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak pernah sendirian ketika ekoran kritikan dan teguran lantangnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun
Razak.

“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut
kita hargai serta contohi.
“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” katanya dalam status Instagramnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tapi aku rasa puak2 ni dah tak ada walau secebis perasaan malu.

GEBU berkata...

Puak2 ini dah hilang rasa malu kpd manusia dan hilang rasa takut kpd Allah kerana dah minum holy water penjajah sampai perut jadi kembong dan muka jadi hitam tanpa cahaya.

Unknown berkata...

Hukum Pengurusan Tabung Haji:
Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.

Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain