Selasa, 5 Mei 2015

Mahathir harus jawab bagaimana dua anaknya jadi jutawan dalam masa singkat



Dr Mahathir perlu jelaskan cara dua anak jadi jutawan dalam masa singkat – KITA

Presiden Parti Kebajikan Rakyat (KITA) Zamil Ibrahim mendakwa rakyat Malaysia ingin tahu bagaimana Mokhzani dan Mirzan boleh menjadi jutawan dan berada dalam kalangan kelompok rakyat Malaysia paling kaya dalam tempoh tiga tahun.

Parti Kebajikan Rakyat (KITA), menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar menjelaskan bagaimana anak-anak beliau Mokhzani dan Mirzan telah berubah menjadi jutawan dengan “cepat”.

Pemimpin parti berkenaan, Zamil Ibrahim berkata, Mokhzani telah dinamakan sebagai orang yang kesembilan paling kaya di negara ini pada tahun 2014 oleh majalah Malaysian Business.

Menurut Zamil, sebagai anak Kedah, beliau tahu bahawa bapa Dr Mahathir hanyalah seorang guru besar sekolah, manakala Dr Mahathir sendiri telah mengendalikan sebuah klinik yang sederhana saiznya di ibu negeri Kedah, Alor Setar sebelum terjun ke dunia politik dan muncul sebagai antara pemimpin utama negara ini.

Beliau mendakwa rakyat Malaysia ingin tahu bagaimana Mokhzani dan Mirzan menjadi jutawan dan berada dalam kalangan kelompok rakyat Malaysia paling kaya.

“Kami dengan rendah diri meminta Tun Dr Mahathir untuk menjelaskan,” kata Zamil sambil secara sinikal menyifatkan kejayaan dua anak lelaki bekas perdana menteri keempat itu memiliki harta bernilai berbilion ringgit dalam tempoh tiga tahun yang lalu sebagai “rekod dunia”.

“Anda tidak boleh mendapatkan ‘rekod dunia’ ini di mana-mana bahagian lain di dunia. Hanya Dr Mahathir dapat menjelaskan,” sindir Zamil dipetik dan dilaporkan portal berita Free Malaysia Today (FMT).

Beliau turut menggesa Dr Mahathir membuat penjelasan terbuka mengenai berapa sebenarnya jumlah kerugian yang didakwa dialami syarikat pelaburan milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bagaimana kerugian itu dialami.

Menurut Zamil, terdapat percanggahan dalam angka kerugian 1MDB yang disebut bekas perdana menteri itu sendiri.

“Dr Mahathir mulanya berkata 1MDB telah rugi RM42 bilion, tetapi baru-baru ini beliau mendakwa ia kehilangan RM14 bilion.

“Yang mana (satu betul) ini? Angka manakah yang betul ?” katanya mendakwa Dr Mahathir telah membuat kenyataan yang salah, dan mengelirukan orang ramai dengan menyebut angka-angka yang berbeza berkaitan dakwaan kerugian 1MDB.

Dr Mahathir juga dicabar oleh Zamil agar menyerahkan semua bukti dakwaannya kepada pihak berkuasa berkaitan seperti Ketua Audit Negara atau berhenti “bercakap kosong” beliau.

Kebelakangan ini, Dr Mahathir didapati meningkatkan tekanan agar Datuk Seri Najib Tun Razak berundur dari jawatan Perdana Menteri serta Presiden UMNO.

Ia berikutan tindakan beliau menerbitkan artikel yang mempersoalkan mengenai status kewangan dan pelaburan 1MDB, di mana Najib adalah penasihatnya.

Di samping itu beliau juga telah membuat kenyataan yang tajam mengenai kekayaan Najib dan gaya hidup mewah yang dikatakan diamal oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarganya, berikutan laporan media mengenai pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit oleh anak tiri beliau.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Nak kaya tapi jangan susahkan rakyat boleh tak..bukan tak biasa kita baca dalam surat khabar, dalam laman web anak menteri semuanya kaya raya, belajar di Sekolah Antarabangsa ketika rakyat dikerah bersekolah kebangsaan...setakat rumah percutian keluarga di London, Australia...xpe lah kot itu rezeki tercapak jadi menteri..tapi kalau sampai ke tahap menyusahkan rakyat..kenakan cukai..itu yg laing jahat sekali.
Bukan anak Tun je yg Jutawan....apa ade ke anak menteri lain yg hidup sederhana, kerja kerajaan, pakai Wira second hand..ade ke...Jangan bodohkan kan oranglah En, Zamil.

Tanpa Nama berkata...

Zamil lembu ni patut dedah semua harta menteri menteri & anak anak kerajaan BN berserta pembangkang sekali..takdela nampak macam lembu tunggangan..politic is dirty.....