Jumaat, 1 Mei 2015

Lepas kantoi, Najib arah Menteri sahaja yang boleh umum pasal GST kad prabayar telco

Kah kah kah .. selepas dolak dalik dan sebulan lagi rakyat terpaksa membayar GST kad prabayar kepada kerajaan UMNO. Najib tampil menjernihkan kencing yang dibuat oleh pentadbirannya sendiri.

Kastam kata A, SKMM kata B, syarikat telco kaut untung, rakyat juga menderita.

Najib dan seluruh pemimpin UMNO/BN harus malu. Malu dengan kelemahan bodoh ini.

Ahmad Maslan lagilah. Mana nak taruk muka. Sebab dia paling kuat kencing hahahhaha dulu kata kad prabayar tak ada GST. Sekarang apa cerita ..?!!

Betul la kata Mahathir,
batal sahaja GST!

Hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diberi kuasa untuk mengumumkan kepada rakyat sebarang perkembangan terkini mengenai isu kad prabayar yang menjadi kontroversi akhir-akhir ini.

Melalui catatan terbaharu di laman Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, amanah yang diberikan kepada Ahmad Shabery itu hanya melibatkan isu kad prabayar sahaja.

Pada Jumaat, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menasihatkan syarikat telekomunikasi(telco) di negara ini agar mengembalikan harga kad prabayar seperti sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas harga isian semula seperti diputuskan dalam mesyuarat kabinet pada 3 April lalu.

Jelasnya, tiada kenaikan harga seharusnya berlaku memandangkan cukai 6% GST hanya menggantikan 6% SST.

Sementara itu, Shabery di laman Twitternya memberitahu akan segera berjumpa dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk semua.

Sebelum ini Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak dilaporkan berkata, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) disifatkan tidak mengikut arahan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dalam isu percanggahan keputusan harga kad prabayar selepas satu bulan pelaksanaan GST.

Tegasnya, situasi itu sekali gus menjadikan masyarakat dilihat semakin keliru dengan 'pergaduhan' di antara SKMM dan JKDM yang merupakan pengawal selia pelaksanaan GST sejak 1 April lalu.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: