Jumaat, 1 Mei 2015

Ini bukan setia membabi buta!

Ini bukan setia macam ahli UMNO. Mahathir sendiri cakap ahli UMNO taat pada yang tak kena.

Calon PKR Permatang Pauh Dr Wan Azizah Ismail tampil menolak tanggapan bahawa beliau setia membabi buta kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

Bercakap dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan di Seberang Jaya malam tadi, presiden PKR itu tampil menegaskan perkara itu.

“Jangan hina saya, saya bukan setia membabi buta,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan sekumpulan individu di Kajang, kawasan Dewan Undangan Negerinya, yang berkata beliau hanya taatkan arahan Anwar.

Beliau juga menegaskan bahawa Anwar melalui kes yang sama dua kali di mahkamah dan banyak perkara tidak kena berhubung perkara itu.

“Kenapa saya kena ikut BN dan percaya apa mereka kata tentang Saudara Anwar?” katanya kepada kira-kira 500 orang yang hadir dalam ceramah itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: