Sepatutnya wakil rakyat lebih susah dari rakyat. Mereka harus berkorban terus untuk rakyat. Tapi sebaliknya ..
Agus berkata, gelagat yang sering dilakukan pemimpin juga dilihat hanya dibuat-buat, terutamanya ketika kempen menemui orang ramai.
Strategi kempen yang digunakan calon mahupun pemimpin parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Permatang Pauh disifatkan sebagai taktik lama.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, pendekatan yang digunakan mana-mana ahli politik dalam kempen PRK telah lama diguna pakai.
Katanya, setiap parti tidak perlu menggunakan pemimpin lain untuk menabur janji, namun calon wakil rakyat perlu diletakkan di hadapan, supaya dapat mengetengahkan idea mereka.
“Pemimpin juga turun berkempen dengan pelbagai janji projek. Ada yang mengugut untuk tidak meluluskan projek, jika menyokong parti lawan.
klik sini untuk tengok wakil rakyat yang suka ugut
“Ini penting untuk mengelakkan wakil rakyat di parlimen daripada sekadar menepuk meja dan diam di sidang (Dewan Rakyat),” demikian catatan Agus dalam Facebook.
Jelasnya, gelagat yang sering dilakukan pemimpin juga dilihat hanya dibuat-buat, terutamanya ketika kempen menemui orang ramai.
Selain itu, katanya, tempoh kempen juga sering dihiasi kejian terhadap pihak lawan yang semakin parah, malah boleh menjadi tabiat.
“Tidak cukup dengan itu, kempen kutuk-mengutuk dan mengeji peribadi lawan menjadi tabiat.
“Setiap kali pilihan raya kecil diadakan, kita akan lihat beberapa gelagat ahli politik. Antaranya ialah menoreh getah, mesin rumput, naik motosikal, duduk bersila, membeli ikan di pasar dan lainnya.
“Tidak tahulah gelagat ini semula jadi atau lakonan? Tetapi bagi saya, gelagat ini dibuat-buat,” katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan